Isteri pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau Anne memohon maaf kepada suaminya kerana masih belum mampu memberikan zuriat selepas gagal dalam proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dikongsikan pasangan ini pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hasanah atau mesra disapa Anne, berkata dia tidak berputus asa dan akan berusaha melahirkan zuriat buat mereka berdua.
“Maafkan belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat.InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa.Saya sayang awak,” tulis Anne di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, Anne turut menzahirkan penghargaannya terhadap Achey yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat dirinya selain seorang suami yang sangat bertanggungjawab kerana menjaganya ketika sakit.
“Terima kasih selama ini menjadi tulang belakang saya, banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak.
“Bahagikan masa awak, kerja dan kami.Terima kasih banyak-banyak… saya hargai sangat-sangat,” tulis Anne lagi.
Ads
Terdahulu, pasangan ini memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu selepas 11 tahun berkahwin.
Keputusan yang didapati menerusi rawatan tersebut adalah negatif seperti yang dikongsikan pasangan ini pada Sabtu.
Ads
Achey dan Anne mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang dijaga sejak empat tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tujuannya adalah untuk bergambar bersama ‘raja sehari’ sebagai tanda kenangan, namun lain pula jadinya.
Itulah yang berlaku apabila netizen mulai meneka dan bertanya pada YB Syed Saddiq, yang berkongsi gambar bersama pelakon Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang meraikan majlis perkahwinan mereka, semalam.
Kisahnya, netizen ‘lebih gemar’ beri fokus pada bahagian gigi Syed yang dianggap mempunyai ‘sesuatu’.
Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mengumumkan bakal menjual akaun Instagram anaknya, @babyterlajaklaris gara-gara tidak tahan dengan tomahan segelintir netizen.
Bagaimanapun, Aliff memberi tahu, dia hanya akan menjual akaun tersebut dengan harga bermula RM40,000.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Aliff menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“Saya stres disebabkan terlalu byk makcik dan pakcik bawang di page @babyterlajaklaris sy terpaksa jual page ni dgn nilai bermula rm40k keatas. Bawah tak layan sbb nilai inprosion berjuta dan page asli bukan beli followers dan memang dah pernah ada org offer saya nak beli page @babyterlajaklarisni tpi sy tak nak jual sbb kesian nak buat kenangam utk mereka besar,” tulisnya.
Tambah Alif lagi, antara sebab dia mahu menjual akaun tersebut adalah kerana tidak mahu menjadi punca perbalahan netizen lain,” tulisnya.
“Tapi kali ni saya pasrah sbb kelakuan mereka yg menhencap saya..kadi kalau kalau ada org offer lagi tinggi itu yg sy jual sbb page @babyterlajaklaris terus mencetuskan masalah bukan kebaikan. Niat kami sbb nak kasi mak ayah yom aminah ni tngok anak mereka dr jauh tpi mencetuskan perbalahan dan pergaduhan.
“Nak murah boleh beli page fack akaun org luar negara yg x wujud.. siapa cpt bank in dan paling tinggi dia dpt okeyy. So siapa serius nak beli boleh wussp 0123743261 panggilan x jawab yee sbb saya manager dato sri @aliffsyukriterlajaklaris superd bzzz (org bisnes tahu nilai akaun ni x caya slide page sebelum ni..view x boleh beli like boleh beli) kalau ramai yg komen di bawah “jgn jual” mungkin saya cancel jual.. kottt,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon yang pelbagai terhadap tindakan usahawan tersebut.
Untuk info, akaun yang menggunakan nama @babyterlajaklaris itu mempunyai hampir 400,000 pengikut.
Foto: Instagram Datuk Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tujuh buah keluarga menetap di bawah satu khemah kecil dengan simpanan makanan yang semakin menyusut, jelas Noh Salleh, keluarga malang itu telah diusir dari Idlib namun tetap bersyukur dengan dugaan yang diterima.
Noh turut memohon agar netizen tampil bagi membantu kelangsungan keluarga itu untuk meneruskan kehidupan sementelah sukar bagi mereka mencari pekerjaan dan menyara keluarga.
“Khemah kecil ini menjadi tempat tinggal buat 7 buah ahli keluarga.
“Mereka telah diusir dari Idlib. Tetapi, mereka tetap bersyukur kerana terus hidup.
“Untuk bulan mendatang, pastinya akan lebih sukar. Simpanan makanan semakin berkurangan.
“Mereka tidak dapat meneruskan kehidupan secara normal apatah lagi mencari pekerjaan buat menyara keluarga,” katanya sambil menyertakan nombor akaun dan informasi lanjut bagi sesiapa yang sudi membantu.