
Pelakon Jeon Mi Sun, 48, ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel yang terletak di Jeonju pada Sabtu (29 Jun 2019).
Mendiang sinonim menerusi beberapa siri televisyen Korea, antaranya The Moon Embracing The Sun.
Menurut sumber, pengurusnya menyedari Jeon Mi Sun ada mengalami masalah kemurungan dan bertindak menghilangkan diri sejak beberapa hari sebelum kematiannya.
Bagaimanapun difahamkan, aktres tersebut sudah mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah tersebut.
Pada masa sama, pihaknya berharap peminat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Jeon Mi Sun dan menghormati keluarganya.
Terdahulu, memetik Asiaone, Jeon dijadualkan untuk melakukan kemunculan di Samsung Culture Centre of Chonbuk National University di daerah Jeonju.
Selain The Moon Embracing The Sun, Jeon turut terlibat menerusi siri popular lainnya seperti Love In The Moonlight dan Reply 1988. Filem terkininya berjudul The King’s Letters yang bakal ditayangkan bulan ini.
Sumber: Variety, Asiaone
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Pengumuman Jantina Anak Akan Dilakukan,” – Elfira Loy

Elfira Loy yang kini sedang sarat hamil 6 bulan bagaimanapun mengakui belum membuat keputusan mahu lahirkan anak pertamanya di mana-mana hospital atau pusat perubatan.
Malah katanya kepada MH, usia kandungannya baru mencecah usia enam bulan dan ketika ini, dia hanya melakukan pemeriksaan kandungan berkala di sebuah klinik swasta.
“Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital mana untuk bersalin nanti, saya tak pilih lagi sebab takut,” seloroh bintang yang mesra disapa El ini.
Pada masa sama, pelakon Kum Kum ini juga turut rasa ‘gerun’ apabila memikirkan detik-detik melahirkan anak sulungnya kelak.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” tambahnya lagi.
Ditanya mengenai persiapan dalam menantikan keluarga baru, El mengakui bersederhana adalah lebih baik.
“Buat masa ini kami belum beli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tiada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang El yang idamkan anak perempuan, meski suami mahukan anak lelaki.
“Orang berkata macam-macam bila ada anak nanti, namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” jelas El.
Terdahulu, pelakon dan hos ini ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant bertempat di The Gardens Kuala Lumpur, pada Rabu.
View this post on InstagramElfira Loy kongsi debaran nak bersalin #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hal ‘Cerita Dalam Kain’ Dalam Perkahwinan Adalah Subjek Tabu Yang Kurang Dibicarakan Secara Terbuka,” – Diskusi Berani Borak Kelamin

Program terbaru, Borak Kelamin ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus berkongsi tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 episod.
Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ini mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.
Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khusus berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau pasangan secara terbuka dan profesional.
Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria menerusi kenyataan media berbesar hati membawakan program ini yang dilihat sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan
“Seperti yang kita tahu, hal berkaitan dengan ‘cerita dalam kain’ dalam sesebuah institusi perkahwinan adalah subjek tabu yang kurang dibicarakan secara terbuka terutamanya di kaca televisyen. Topik sebegini juga sering dielakkan untuk menjaga aib dan sensitiviti masyarakat.
Jika kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin ramai pasangan suami isteri yang mungkin sedang mengalami konflik dalaman gemar mengadu domba di media sosial. Sekiranya perkongsian tersebut dilihat daripada perspektif positif, mungkin respons yang diterima daripada netizen dapat membantu meredakan tekanan.
“Jika sebaliknya, ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati membawakan program ‘Borak Kelamin’ sebagai platform utama dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan lebih luas menerusi sesi perbincangan yang sihat, harmoni dan positif bersama panel jemputan.
“Walaupun topik yang bakal diketengahkan agak panas dan boleh mengundang kontroversi, namun ia tidaklah keterlaluan dan masih sesuai dengan resam masyarakat Malaysia.
“Kami percaya tahap penerimaan penonton masa kini sudah semakin matang dan tahu menilai mesej di sebalik keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan,” katanya optimis.
Bersiaran selama 1 jam, Borak Kelamin ditayangkan secara eksklusif setiap Isnin, jam 9.00 malam sejak 1 Mac 2021 lalu di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Foto: Astro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ashraf Muslim Bertemu Depan Mata Imam Tanah Suci Sejurus Solat Subuh Depan Kaabah, “Hadiah 1 Muharram Dari Allah.”

Perkongsian yang cukup bermakna dari pelakon, Ashraf Muslim yang kini masih berada di Mekah sejurus menunaikan ibadah haji.
Ulasnya, keinginan untuk menunaikan Subuh di depan Kaabah membuak-buak seraya bangun pada satu tengah malam.
“Assalamualaikum.. Ya Allah! Hari ni kejadian yang amat pelik tapi tidak mustahil. Malam tadi waktu tgh tidur AM terkejut dr tidur dan rasa nak pergi masjid sangat-sangat.
“Waktu jam menunjukkan 12.15pagi. Masih awal utk solat subuh iaitu pada jam 4.30pagi. Tapi hati nak sgt pergi.. dan bila sampai masjid , buat tahjud dan solat sunat pastu sambung tdo pulak.. heheh.. sbb masa tu mata ngantuklah jugakkan,” kongsinya.
Selepas menunaikan solat sunat di masjid, di pulang ke hotel dan menyambung tidur. Namun bangun semula selepas mendengar azan pertama Subuh.
Cukup menyentuh hati apabila dapat bertemu secara empat mata dengan Sheikh Mahir Al Maquely.
“Dan bila azan yg pertama AM bangun dan kejutkan rakan sebilik yg ikut AM nih utk ambil wuduk dan standby solat subuh.
“Hati tergerak sekali lagi utk solat subuh di depan kaabah dan tanpa fikir apa-apa.. Terus lah meredah org ramai utk dapatkan saf didepan kaabah. Dengan kuasa Allah dan mmg Allah nk tetapkan AM berada ditempat laluan imam utk ke kaabah.
“Dan apa yg menyentuh hati ialah Imam yg AM nanti2kan muncul didepan mata iaitu Sheikh Mahir Al Maquely .. mmg AM minat sangat dgn Imam ni dari dulu lagi. Selalu dgr suara dia dalam hp, dalam kereta mahupun di masjidilharam tapi tak pernah ternampak.
“Pastu yg best nya dapat tgk sekali lagi muka dia betul2 lepas solat Subuh.. ya Allah bersihnya muka dia.. dahlah baca surah quran yg tak pernah jemu utk didengar. YA ALLAH.. ini hadiah 1 Muharram dari Allah utk AM.
“Terima kasih Allah.. kadang2 nikmat yg Allah nak bagi kat kita yang kita sendiri tak tahu bila, bagaimana, dan apa.. So dekatkan diri pada Allah sungguh2 dan pasti nikamat akan kita kecapI walaupun nampak simple jer.. syukur.. terima kasih Allah,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Pelakon ini berangkat menunaikan Rukun Islam Kelima pada 2 Ogos lalu dan akan berada di sana selama 40 hari.
Rezeki yang tidak disangka-sangka datang dalam pelbagai rupa.
Foto : Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI