Pelakon Jeon Mi Sun, 48, ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel yang terletak di Jeonju pada Sabtu (29 Jun 2019).

Mendiang sinonim menerusi beberapa siri televisyen Korea, antaranya The Moon Embracing The Sun.

Menurut sumber, pengurusnya menyedari Jeon Mi Sun ada mengalami masalah kemurungan dan bertindak menghilangkan diri sejak beberapa hari sebelum kematiannya.

IKLAN

Bagaimanapun difahamkan, aktres tersebut sudah mendapatkan rawatan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pada masa sama, pihaknya berharap peminat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Jeon Mi Sun dan menghormati keluarganya.

IKLAN

Terdahulu, memetik Asiaone, Jeon dijadualkan untuk melakukan kemunculan di Samsung Culture Centre of Chonbuk National University di daerah Jeonju.

IKLAN

Selain The Moon Embracing The Sun, Jeon turut terlibat menerusi siri popular lainnya seperti Love In The Moonlight dan Reply 1988. Filem terkininya berjudul The King’s Letters yang bakal ditayangkan bulan ini.

Sumber: Variety, Asiaone

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI