Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi petikan artikel yang menyiarkan keadaan di Jepun selepas menamatkan perintah berkurung.
Menerusi laporan, pulau di utara Jepun dilanda gelombang kedua dalam tempoh seminggu dengan mencatatkan 135 jangkitan Covid-19 selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.
Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.
“Tak pandai cakap omputihlah. Boleh yg bijak pandai tolong terjemahkan dan bagi tau kat orang atasan please,” kongsinya.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi netizen.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei dan tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Foto : Instagram Aznil Nawawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] “Moga Jadi Anak Soleh,” – Pakai Sedondon Biru Nubhan Anjur Majlis Aqiqah & Berendoi Anak Kedua
Penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta, Nubhan Ahmad telah pun selamat mengadakan majlis aqiqah dan berendoi anak keduanya, Ahmad Aaffan.
Malah penyanyi ini turut memuat naik momen sekitar majlis menerusi Instagram miliknya.
Lengkap sedondon sekeluarga menerusi persalinan biru gelap, turut hadir meraikan majlis ialah ahli keluarga, rakan terdekat dan media.
Pelaminan buat si comel yang serba ringkas dan unik turut menjadi perhatian. Ini dia antara foto sekitar yang dikongsi Nubhan.
View this post on InstagramA post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on
Serentak dengan itu, para peminat turut mendoakan agar Aaffan menjadi anak yang soleh dan baik pekertinya.
Terdahulu, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun.
Foto: Instagram Nubhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Yang Tanya Fasal Gambar Raya, Ini Jawab Faizal Tahir – “Saya Lebih Risaukan Apa Yang Berlaku Di Palestin…”
Penyanyi, Faizal Tahir menyifatkan dirinya mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak berkongsi sebarang foto bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Menurut Faizal, pada ketika ini, dia lebih memikirkan mengenai nasib saudara mara Islam di Palestin berbanding mempunyai gambar raya yang sempurna.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya tentang gambar saya menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.
“Sebenarnya saya lebih risaukan mengenai apa yang berlaku kepada saudara mara kita di Palestin berbanding untuk mengambil gambar yang sempurna untuk dimuat naik di Instagram yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Assalamualaikum Dunia itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Faizal mendedahkan dia tidak menganggap perbutan tersebut sebagai satu kesalahan namun bagi dirinya ketika ini bukanlah waktu yang sesuai.
“Tapi saya tak anggap perbuatan tersebut adalah salah untuk dilakukan.
“Silalah bergambar kerana ia juga merupakan sesuatu yang baik lebih-lebih lagi apabila ia juga boleh mendatang kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
“Cuma pada ketika ini saya ada perkara lain yang harus difikirkan. Nanti bila sudah tiba masanya, saya juga akan berbuat sedemikian,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan doa buat seluruh warga Palestin yang ketika ini sedang dilanda musibah.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Patut Ada ‘Road To Oscars’ Kalau Tak Serius,” – Permohonan Bantuan Tak Dilayan, Jasmine Suraya Jual Kereta, Handbag & Kasut Demi Ilmu Di USA
Pelakon, Jamine Suraya akui agak terkilan apabila usahanya untuk memohon bantuan dana bagi melanjutkan pengajian di akademi lakonan, Lee Strasberg Theatre & Film Institute, Los Angeles, Amerika Syarikat tidak diendahkan.
Jasmin atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata, selain kerajaan negeri Sarawak, dia juga telah menyatakan hasratnya itu kepada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) namun respon mereka tidak seperti yang diharapkan.
“Saya tak dapat sebarang bantuan. Saya ada balik ke Sarawak untuk bertemu dengan wakil negeri tapi mesej dan panggilan saya tidak dipedulikan.
“Malah, saya sendiri menghantar mesej kepada Chairman FINAS, Datuk Kamil Othman untuk maklumkan apa yang sedang saya lakukan.
“Malangnya, mereka ada dana untuk perkara lain tapi tidak untuk pembangunan bakat anak seni. Saya agak terkilan.
“Tak beri kepada saya pun tak mengapa tapi bagilah kepada bakat tempatan yang tidak mendapat peluang disebab kesukaran hidup,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Marabahaya Underground ini berkata sedemikian ketika ditemui di
majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan, Mask Team di ibu kota pada Khamis.
Lantaran itu, Jasmine terpaksa menjual barangan peribadi untuk menampung perbelanjaannya sepanjang melanjutkan pengajian di sana
“Saya memang memerlukan perbelanjaan perbelanjaan yang tinggi hampir RM300,000 hingga RM400,000 kerana mata wang kita juga jatuh.
“Saya hanya menjual barangan yang akan jatuh nilainya seperti kereta. Tiada guna pun nak simpan. Baik kita jual dan laburkan untuk perkara yang lebih baik.
“Saya juga menjual beberapa barangan peribadi seperti bag tangan dan kasut. Ramai juga yang bertanya, kenapa saya sanggup buat semua ini? Padahal tawaran kerja tengah bayak.
“Sedangkan mereka yang seumur saya kini mahu settle down. Pada saya, selagi saya ada minat dan keterujaan untuk menuntut ilmu, ini adalah masa yang terbaik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, anak jati Sarawak ini turut berharap agar pihak berwajib dapat merangkap perancangan yang lebih serius jika mahu mengangkat industri filem ke tahap yang lebih tinggi.
“Kita tak patut ada tagline ‘Road To Oscars’ kalau kita tidak serius. Kalau betul-batul kita nak ke Oscars, kita patut membangunkan industri secara holistik.
“Sama seperti di Korea Selatan. Perkembangan mereka sangat bagus. Saya merasakan mentaliti rakyat Malaysia hanyalah untuk jangga masa pendek.
“Bila kita mencuba sesuatu yang baharu dan ia tidak menjadi, kita jadi takut nak melabur lagi dan kembali ke zon selesa.
“Kita kena serius dalam membuat perancangan dan punyai budget yang bagus. Jangan sekadar peracangan lima hingga 10 tahun. Ia perlukan masa 30 tahun. Itu yang berlaku di Korea Selatan,” akhirinya.
Terdahulu, Jasmine bakal berangkat ke Los Angeles hari ini untuk bercuti sebelum memulakan semester pada April.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI