“Jerawat Mak Ai,” – Wajah Bermasalah Menjelang Raya, Pembawakan Budak Kata Wawa Zainal

Share

Berkongsi masalah yang menimpanya menjelang sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi, Wawa Zainal bimbang dengan keadaan kulit berjerawat yang dialami.

Ulasnya, mungkin apa yang berlaku adalah kerana pembawakan bayi ketika hamil.

“Raya dua hari je lagi tapi jerawat mak ai😭😭 pembawakan baby boy kata nye. betul ka??”

Bersetuju dengan kenyataan pelakon jelita ini, netizen berkongsi pengalaman yang dialami ketika mengandung.

Malah netizen turut memberi tips berguna untuk diamalkan.

Proses kehamilan memang penuh dengan cabaran dan dugaan. Apa yang penting, kuatkan semangat dan sentiasa positif.

Foto : Instagram Wawa Zainal

Published by
Noraini Abd Wahab