Pelakon popular Hollywood, Jessica Alba dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, Cash Warren dan mereka kini memfailkan perceraian.
Berita mengenai masalah rumah tangga selebriti ini mula dilaporkan oleh portal hiburan antarabangsa, TMZ, yang menyatakan bahawa pasangan ini sudahpun memilih untuk hidup berasingan.
Biarpun tiada desas desus pengenai pergolakan dalam rumah tangga mereka, sebelum ini penampilan mereka secara berasingan menimbulkan tanda tanya.
Pasangan ini juga dilihat tidak lagi mengenakan cincin perkahwinan lantas mengukuhkan lagi khabar angin tersebut.
Jessica baru-baru ini menghadiri parti pra Golden Globe tanpa kehadiran suaminya dan cincin di jari. Manakala Cash pula di lihat di Los Angeles juga tanpa cincin perkahwinan.
Biarpun sudah memfailkan perceraian, hubungan Jessica dan Warren dikatakan masih baik kerana baru sahaja bersama-sama menyambut hari jadi anak bongsu mereka pada awal Januari tahun ini.
Bahkan ketika penghujung tahun lalu, Jessica turut memuat naik gambar mereka sekeluarga di hadapan pokok krismas dan membuat ucapan tahun baru kepada pengikut di Instagramnya.
Imbas kembali, pasangan ini mula-mula bertemu ketika sama-sama menjalani penggambaran filem Fantastic Four pada 2004, ketika itu Jessica merupakan sebahagian daripada barisan pelakon utama manakala Cash pula memegang tugas sebagai penolong pengarah filem itu.
Mereka kemudiannya bertunang pada 2007 dan berkahwin setahun kemudian. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI