Nama penyanyi dan bintang realiti terkenal, Jessica Simpson, kembali mencuri perhatian apabila beliau mendedahkan rahsia pelik di sebalik kelunakan vokalnya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya pada 28 Mac lalu, Jessica, 44, dilihat sedang menikmati sebotol minuman herba tradisional Cina yang disyorkan oleh jurulatih vokalnya ketika berada di studio rakaman.

“Mereka tanya, ‘Apa yang awak minum tu?’ Sebab minuman tu nampak pelik. Saya pun jawab, ‘Saya tak tahu. Jurulatih vokal saya yang suruh minum,’” jelas Jessica sambil ketawa.

Minuman berwarna gelap itu kelihatan seperti ramuan misteri dari dunia perubatan tradisional Timur, dan menurut Jessica, selepas dia membuat carian di internet, barulah dia tahu bahawa salah satu bahan utamanya ialah sperma ular.

Ads

Namun, penyanyi itu kelihatan tidak langsung terganggu dengan fakta tersebut. Malah, apabila ditanya bagaimana rasanya, Jessica bersahaja menjawab, “Rasa dia macam madu, bukan teh.”

Ads

Video tersebut turut berakhir dengan pesanan bersahaja dari Jessica,“Kalau nak vokal yang padu, kena minum sperma ular.”

Posting yang mendapat perhatian ramai itu turut disertakan dengan tiga emoji yang mencuit hati  iaitu mikrofon, ular dan tabung uji berisi cecair hijau.

Ads

Sekadar info, kemunculan semula Jessica dalam dunia muzik bersempena pelancaran EP terbarunya berjudul “Nashville Canyon” yang memperlihatkan sisi matang dalam penyampaian vokalnya.

EP tersebut menampilkan lagu-lagu berinspirasikan kehidupan dan perjalanan peribadinya, serta gaya muzik country-pop yang memberi nafas baru kepada karier seninya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI