Aktres Janna Nick meluahkan dedikasi serta rasa terima kasihnya kepada para juri terlibat kerana memilih naskhahnya, Jeti yang sama-sama bersaing dalam senarai akhir Anugerah Sri Angkasa 2022 (ASA2022), minggu lalu.
Janna menerusi hantaran terkini di Instagram berkongsi, penghargaan yang diberikan membakar semangat buatnya untuk memberikan yang lebih baik di bawah produksinya, JN Studios.
“Semalam saya ke Anugerah #SeriAngkasa2022 buat pertama kali. Dicalonkan bukan dalam kategori pelakon, penyanyi/pengacara.
“Tetapi di dalam kategori Drama TV Terbaik, Sebagai seorang penerbit & juga pengarah. Jeti adalah karya saya yang kedua selama saya menceburi bidang pengarahan.
“Saya nak ucap ribuan terima kasih kepada semua juri kerana memilih naskah saya yang kecil ni ke pencalonan akhir. This is a proud moment for myself & @jnstudios.ent.
“Thank you Anugerah #SeriAngkasa2022 kerana menyuntik semangat untuk saya terus menghasilkan karya karya yang menarik & memberi manfaat buat semua. InsyaAllah,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat sama-sama menitipkan ucapan tahniah buatnya dan mengharapkan agar Janna terus berkarya.
“Teruskan berkarya dan menghasilkan lebih banyak drama atau filem yang hebat-hebat. Lepas ni Pengarah Terbaik pulak.”
“Saya bangga dengan awak.”
“Permulaan yang baik, teruskan berkarya. Tersenarai sebagai lima pencalonan akhir adalah satu pencapaian yang membanggakan.”
“Bagus sangat drama dan arahan you. Aunty berjurai-jurai air mata. Well done Janna Nick dan terus menghasilkan drama bermutu and so meaningfull.”
“Tercalon pun dah cukup hebat tau. Kalau menang tu dah hebat sangat. Proud of you, sayang dia.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia ‘First Love’ Saya, Berkawan Sejak Usia 15 Tahun & Pernah Bercinta…,” – Hafidz Roshdi Nikahi Athira Yuhada
Pelakon Hafidz Roshdi selamat menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.
Menurut Hafidz, dia sah begelar suami kepada Athira kira-kira jam 8.15 malam dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada.
Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.
“Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.
“Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini,”katanya.
Pada majlis pernikahan itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Ditanya mengenai keistimewaan yang dimiliki Athira, Hafidz berkata, isterinya itu menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya.
“Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya,” katanya.
Dalam pada itu, Hafidz tidak mahu mengambil pusing mengenai segala komen negatif mengenai pernikahannya dengan wanita yang wanita yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.
“Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap,” katany lagi.
Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira khirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi.
Untuk rekod, Hafidz, 29, pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolonglah Jangan Buat-Buat Tak Tahu,” – Yatt Hamzah Nasihat Usah Berlebihan Cantikkan Diri, Farah Lee Turut Beri Komen
Pelakon Yatt Hamzah menasihati golongan wanita agar berpada-pada dalam mencantikkan diri.
Jelasnya semakin ramai yang mengikut trend menyambung bulu mata palsu namun tidak tahu hukum disebaliknya.
Pada masa sama Yatt turut menjelaskan, hukum memasang bulu mata palsu adalah haram andai menggunakan bahan bernajis selepas bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat.
Ulasnya lebih selamat sekiranya menggunakan maskara untuk melebatkan bulu mata.
“Makin ramai yg buat. Yg tak pernah2 pakai pun tiba2 pakai masa hari perkahwinan atau majlis makan malam Syarikat.
Mungkin masih ada yg x tahu so marilah share ilmu ni dg mrk yg x tahu. Kpd yg dah tahu, TOLONGLAH JGN BUAT2 TAK TAHU. Kita ni pahala x banyak, so janganlah tambah dosa pula.
“Umpama kita x bersyukur dg kejadian Allah kpd kita. Boleh je nak cantik, Allah x larang cuma jgnlah sampai memudaratkan ibadat dan kesihatan.
“Pakai gam bulu mata dan extention tu memudaratkan. Pakai mascara yg bersifat sementara dan lbh selamat adalah penyelesaian kalau nak bulu mata cantik lebat.
“Macam mana rezeki nak berkat bila buat apa yg Allah haramkan.. NAUDZUBILLAH..
“Hukum menyambung bulu mata palsu yang kini turut menjadi trend d kalangan wanita ;
“Dalam isu pemakaian bulu mata palsu ini juga, perlulah dilihat daripada beberapa sudut:
“Kesucian
Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat dan jika di luar, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah). Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib.
“Qias dengan larangan menyambung rambut
“Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya.
“Justeru, haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT,” kongsinya.
Malah, proses kecantikan tersebut juga seolah-olah mengubah ciptaan Allah.
“Kesihatan
“Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang memudaratkan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia). Ini berdasarkan firman Allah Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)
“Kecantikan
“Haram hukumnya memasang bulu mata palsu sementara dan separa kekal bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, haiwan, bulu sintetik, tanpa keizinan suami. Ini kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu yang menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, dengan keizinan suami, dan tidak menggunakan bulu mata palsu separa kekal yang menghalang air untuk bersuci. Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu digalakkan dalam Syarak. Rujuk al-Majmu’ (3/141).
“Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara kecacatan lalu menyebabkan bulu matanya rosak atau cacat, maka pemakaiannya adalah dibolehkan pada ketika itu, tanpa menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci. Daripada Sayyidina Ali RA, katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan pangkal rambut daripada terkena air ketika mandi janabah walaupun sehelai, Allah akan melakukan begini-begini dengan api neraka.” Ali berkata: Sejak itu aku tidak menyukai rambutku.
Riwayat Abu Daud (249).
Tegas Yatt lagi, bulu mata yang ditanam ke dalam kulit akan menyebabkan wuduk terhalang dan menyebabkan solat tidak sah.
“Adapun bulu mata yang ditanam ke dalam kulit, maka ia tidak menghalang sahnya wuduk.
“Berdasarkan kesimpulan di atas, kami menyeru agar mereka yang memakai bulu mata palsu yang diharamkan Hukum Syarak meninggalkan perbuatan berkenaan dan bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan perkara-perkara berikut:
“Hendaklah bulu mata palsu itu dicabut dan gamnya dilunturkan untuk membenarkan air sampai ke bulu dan kulit semasa bersuci.
“Jika bulu mata palsu itu tidak boleh dicabut, melainkan akan menyebabkan kecacatan kepada bulu mata dan mata, maka dibenarkan mengekalkannya sehingga dia gugur sendiri setelah tamat tempohnya. Dalam tempoh tersebut, wajiblah pemakainya berwudhu’ dan mandi wajib seperti biasa dan solat hormat waktu.
“Namun setelah tamat tempoh bulu mata tersebut, maka wajib dia mengulangi kembali mandi wajib dan semua solat-solatnya yang dilakukan dalam tempoh memakai bulu mata palsu tersebut kerana mengambil hukum faqid al-tohurain (orang yang tidak boleh bersuci dengan air atau tanah).
“Ini juga sebagai taghlizan (pengajaran yang berat) agar tidak cuai lagi dalam isu-isu kebersihan dalam Islam. Ini adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
“Namun, jika seseorang itu lemah imannya dan ditakuti akan terjerumus ke lembah kekufuran kerana tidak mampu mengqadha’ semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh pemakaian bulu mata palsu tersebut, maka dalam keadaan darurat seperti ini diharuskan untuk bertaqlid dengan pendapat Imam al-Nawawi bahawa apabila solat itu sudah dilaksanakan pada waktunya maka tidak perlu mengulangi semula.
“Rujuk Tuhfatul Muhtaj (1/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami. Ini juga merupakan pendapat yang sahih dalam mazhab Hanbali. Rujuk al-Mughni (1/184) oleh Imam Ibn Qudamah. Begitu juga dalam soal mandi wajib, terdapat pendapat lemah ulama Syafieyyah yang menganggap kotoran di bawah kuku dan ruang bahagian dalam simpulan rambut, yang menghalang air, adalah dimaafkan kerana terlalu sedikit. Rujuk Kifayah al-Akhyar (hlm. 43); Hasyiah al-Syirwani (1/187).
“Semoga jawapan ini memberi kefahaman yang jelas kepada kita semua yang bahawa isu halal dan haram dirujuk kepada nas dan para ulama’ agar segala tindakan kita berbetulan dengan neraca Syarak.
“Kami nasihatkan kepada semua pihak khususnya para wanita agar berhias dan mencantikkan diri dengan kadar yang sederhana, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak mengubah ciptaan Allah seperti mana yang dilakukan oleh kaum Jahiliyyah.
Wallahua’lam,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Farah Lee menerusi ruang komen turut mengulas isu ini dan menyatakan seseorang yang membuat penyambungan bulu mata sewaktu sedang melakukan umrah, tawafnya tidak sah.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat kita semua.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apabila Disekat, Individu Berkenaan Buat Akaun Baru,” – Kerap Terima Gambar Tak Senonoh, Ieda Moin Report Polis
Gara-gara kerap menerima gambar dan mesej-mesej berbaur lucah di Instagram, Ieda Moin akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur pada Ahad.
Menurut Ieda, individu yang menggunakan nama akaun @Jack011113 itu dikatakan telah menghantar foto kemaluannya di ruangan ‘direct message’.
Bukti laporan tersebut telah pun dikongsikan oleh Ieda menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
“Pada 17 Oktober, lebih kurang pukul 4.58 petang semasa berada di PICC Jalan P5, Presint 5, Putrajaya, saya telah menerima mesej melalui Instagram saya yang dihantar oleh pemilik akaun @Jack011113.
“Pemilik pemilik akaun tersebut menghantar gambar serta video lucah kepada saya iaitu gambar kemaluan miliknya.
“Pemilik akaun tersebut turut menghantar tangkap layar gambar milik saya dan anak-anak yang diambil dari akaun milik saya,” tulis Ieda dalam laporan polis tersebut.
Pelakon filem, Kampung Latah Kena Kuarantin ini turut menambah, insiden berkenaan bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya, dia juga pernah menyekat hampir lima akaun yang digunakan oleh individu tersebut.
Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan seperti tidak pernah serik lantas, tindakan yang lebih serius harus diambil sebagai langkah berjaga-jaga.
“Untuk makluman, ini bukan kali pertama individu yang tidak dikenali ini menghantar gambar serta video kemaluannya kepada saya.
“Sebelum ini saya telah sekat lebih kurang lima akaun yang digunakan individu ini. Apabila disekat, individu berkenaan akan membuat akaun baharu untuk mengganggu saya dengan menghantar video serta gambar-gambar lucah,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menyokong tindakan yang diambil oleh Ieda selain turut menasihati agar lebih berhati-hati lagi selepas ini.
“Ya Allah, apa hal orang ni? Gila eh? Dik take care tau.
“Mental ni. Kalau waras tak buat macam gitu.
“Psyco mana yang buat kerja gila ni. Hati-hati kak.
“Cik Da semoga dalam lindungan Allah SWT. Mesti Cik Da trauma,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam perkembangan lain, Ieda kini merupakan antara peserta yang bertanding di program Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan Otai yang turut dianggotai oleh pelawak, Azli Senario dan Acong Sweetchild.
Sumber: Instagram Ieda Moin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI