Menurut perkongsian hos Jihan Muse, dilaporkan sebanyak 12 kes coronavirus telah dilaporkan di Gaza namun hanya 40 unit ICU tersedia dan dibimbangi ia tidak mampu membendung penularan wabak dengan populasi 2 juta penduduk.

Atas dasar kemanusiaan, pengacara Gegar Vaganza itu mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu meringankan beban yang dihadapi kakitangan perubatan di sana. Malah jelasnya menerusi tanda pagar, kita merupakan barisan frontliner Gaza menerusi sumbangan yang disalurkan. Sasaran yang ditetapkan ialah RM1.5 juta untuk membantu Gaza membuat persediaan menghadapi wabak.

“Bismillahirahmanirrahim. Takkan pernah bosan takkan jua berhenti. Selagi hayat dikandung badan. InshaAllah.

Ads

“Selepas subuh ni, mesti semua capai handphone nak tengok perkembangan di social media kan? Mesti ade jugak yg plan nak bersedekah sebab harini hari jumaat kan? Tapi tak decide lg nak bg pada siapa?

“Ya Allah bukakanlah hati semua yg membaca ni utk terus membuka link ini emergency4gaza.com . Pindahkanlah sejumlah wang anda ke sana.

Ads

“Kalau semalam atau kelmarin kita dah bantu saudara kita di Malaysia, hari ini jom lah kita bantu mereka di Gaza sana. Kalau kita lupa keadaan mereka di sana sebab kita juga susah di sini, selalulah jenguk @nadiralnuri dan @cintagazamalaysia utk tengok LIVE UPDATE yg paling dekat dgn jiwa kita dari org kita,” antara kapsyen yang tertera pada entrinya di Instgram.

View this post on Instagram

Bismillahirahmanirrahim. . Takkan pernah bosan takkan jua berhenti. Selagi hayat dikandung badan. InshaAllah. . Selepas subuh ni, mesti semua capai handphone nak tengok perkembangan di social media kan? Mesti ade jugak yg plan nak bersedekah sebab harini hari jumaat kan? Tapi tak decide lg nak bg pada siapa? . Ya Allah bukakanlah hati semua yg membaca ni utk terus membuka link ini emergency4gaza.com . Pindahkanlah sejumlah wang anda ke sana. . Kalau semalam atau kelmarin kita dah bantu saudara kita di Malaysia, hari ini jom lah kita bantu mereka di Gaza sana. Kalau kita lupa keadaan mereka di sana sebab kita juga susah di sini, selalulah jenguk @nadiralnuri dan @cintagazamalaysia utk tengok LIVE UPDATE yg paling dekat dgn jiwa kita dari org kita. . Saya kongsikan sedikit pesanan dari Ustazah @isfadiah di Group @thekhadijahs bila kami tanya kenapa elok sedekah waktu subuh ustazah? . – Waktu Subuh Ada Malaikat khas yang mendoakan. ‎عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ‎وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270) . MAYBANK PERSATUAN CINTA GAZA MALAYSIA 5648 1050 7826 . #kitafrontlinerpalestin

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Ads

Semoga bantuan ini dapat membantu saudara di Gaza menghadapi penularan wabak Covid-19.

Foto : Instagram Jihan Muse

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI