Selebriti terkenal, Noor Neelofa mengakui dia akan berkongsi wajah sulung, Mohammad Bilal kepada umum apabila tiba masa sesuai meski ada segelintir netizen yang menjadikan isu ‘ain sebagai bahan gurauan di media sosial.
Menurut Neelofa, 33, dia sebolehnya mahukan yang terbaik buat permata sulung hasil perkongsian hidup dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu.
Sebelum ini, bekas hos program MeleTOP itu mengakui berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi ain mungkin boleh melangkaui takdir.
Ads
“Saya buat ini (belum kongsi wajah anak) walau orang kecam mana mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” katanya.
Meski ada yang mengencam, pendirian tersebut bagaimanapun turut mendapat reaksi baik ramai pihak, termasuk rakan selebriti.
Ads
“Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya lagi ketika ditemui di majlis Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.
Selepas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati yang dikenali MR H hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim berkongsi momen indah saat mengikat tali pertunangan.
Reen, 34, menerusi Instagram mendedahkan, ibunya meminta untuk melangsungkan majlis merisik dan bertunang secara lebih meriah.
“Nampak macam well plan kan? Tapi sebenarnya umi buat hal. Empat hari sebelum date ni yang patutnya merisik sekali bertunang tertutup tak nak lebih 10 orang kononnya.
“Tiba-tiba dia minta pelamin and canopy, menggelupur lah kite wak. Tapi nasib baik mak hayam kite @ariweddingcouture dengan makcik dan kawan pun ade yang tau sehari sebelum semua pun menggelupur ambil cuti. Cekap wak,” kongsinya.
Menerusi hantaran sama, Reen secara seloroh membayangkan majlis tersebut sudah seakan majlis nak kahwin.
“Ingatkan empat hari punya kerja majlis ala-ala je lah. Sekali pelamin baju dah macam nak kahwin. Tu lah cerita dia.
“Entah lah big day ni nanti macam mane lah ghupanya lagi-lagi umi kautim dengan wedding planner,” tulisnya lagi.
Terdahulu di dalam satu sidang media, dramatis itu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti bakal suami bagi menjaga privasi selain mengelakkan penyakit ‘Ain’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain pelancaran single terbarunya, Temberang yang kini menjadi trending di media sosial, pada masa sama kecoh mengenai isu salah faham di antara penyanyi Ayda Jebat dan pereka fesyen.
Kisahnya bermula beberapa hari lalu apabila jenama berkenaan memaklumkan menerusi medoa sosial bahawa penyanyi itu tidak meletakkan kredit terhadap pakaian rekaan mereka yang telah digunakan sebagai gambar poster single terbarunya itu.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon berusia 26 tahun itu telah meminta penata gayanya untuk memaklumkan kepada pereka fesyen terbabit mengenai kredit yang tidak akan diletakkan dalam promosi awal, termasuk pihak produksi Temberang.
Menjelaskan mengenai perkata tersebut, Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran dan mini showcase Temberang di The Starling Mall, Damansara pada Khamis memberitahu, dia hanya mahu melihatnya dari sudut profesional, bukan hanya memikirkan soal sakit hati semata-mata.
“Saya fikir bukan daripada sisi kita punya sakit hati sahaja. Kita fikir positif untuk penata jaga juga. Dia mesti dapat apa yang telah diberikan, takkan lah poster saja atau hanya keluar sekali di Instagram.
“Mereka ada juga tanya sama ada saya nak tukar, sempat lagi. Saya cakap tidak mengapa. Rezeki dia, cuma dia silap langkah sikitlah. Kalau dia okay, saya boleh je. Banyak je baju dia yang saya suka bila tengok di instagram.
“Tetapi bila sudah jadi macam ni, saya tidak terfikir untuk bekerjsama lagi,” kongsi ayda jujur.
Pada masa sama, Ayda turut memberitahu apa yang telah berlaku ini juga adalah sebagai dia mengenangkan hasil kerja orang lain.
“Kalau dia cakap ada artis legenda yang boleh merendah diri, saya pun boleh cakap pereka feysen yang lebih hebat pun boleh merendah diri, sebab saya jelaskan dulu mengapa belum diberikan kreditasi.
“Kita kalau tengok kapsyen orang pun tak nak panjang-panjang. Jadi saya faham. Posting seterusnya baru kita kredit siapa yang sepatutnya,” jelasnya kepada MH.
Bagi Ayda, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap mana-mana isu, perkara tersebut boleh dijernihkan secara bersemuka dengan dirinya sendiri.
#MHLive vazznya vokal Ayda Jebat sekarang! Ni ha versi Pinjamkan Hatiku duet bersama Adi Sixth sense 🙂
Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 20 December 2018
Penyanyi, Lah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lah V.E mengakui meski sudah agak jarang muncul menyanyi di platform arus perdana, namun bintang ini masih aktif membuat persembahan atas undangan serta majlis peribadi.
Malah kongsinya kepada MH buat masa ini juga dia lebih senang memberi fokus terhadap keluarga.
“Alhamdulillah sekarang ni masih lagi menyanyi macam biasa, banyak menyanyi dekat job wedding dan event sebagainya.
“Cuma macam sekarang ni saya lebih banyak fokus kepada keluarga saya dan anak-anak,”kongsinya jujur.
Melihat kepada kerjayanya yang sukses dari awal penglibatan bersama kumpulan V.E dan masih kekal dikenali sebagai penyanyi yang bersuara lunak, penyanyi ini turut ditanya mengenai apakah tips yang perlu diambil penyanyi muda untuk terus kekal relevan dalam industri.
“Saya tak tahu lah saya ni masih kekal ke tak dalam industri, tapi bagi saya kita kena selalu innovate atau selalu buat benda yang baru.
“Cuma bagi saya, kita tak boleh untuk berada di zon selesa dalam tempoh yang terlalu lama,” jelas Lah yang turut menyebut nama rakan penyanyi, Faiza Tahir sebagai contoh.
“Contoh macam Faizal Tahir pun bagus, sebelum ni dia bawa lagu nasyid, lepas tu rock and kemudian R&B.
“Actually macam tu yang buatkan ramai teruja, sebab dia versatil, boleh nyanyikan apa sahaja genre lagu.
“Jadi bagi saya, kita sebagai penyanyi perlulah ada sisi versatil. Itulah kunci untuk terus kekal dalam industri muzik, insyaAllah,” jelas Lah optimis.