Pelakon dan hos, Hanis Zalikha menyifatkan antara punca mengapa manusia sering berasa kecewa dan bersedih hati adalah disebabkan mereka sering meletakkan kebergantungan terhadap manusia lain.
Jelas Hanis, sebagai manusia, kita harus meletakkan seluruh pengharapan kepada Sang Pencipta kerana manusia sememangnya diciptakan sebagai mahluk yang tidak sempurna.
“If someone is causing you sadness, I am writing this for you. Janganlah bersedih dan usah terlalu kecewa.
“Manusia kan tidak sempurna. Bila kita sering hampa kecewa, terasa dikhianati, rupanya kita sedang mengharapkan manusia itu sempurna. Manusia itu semua suci hatinya, jujur, tulus ikhlas, amanah, dan serba serbi tanpa cela.
“Janganlah letak pengharapan kepada manusia. Kerana manusia ini banyak kelemahannya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikonsikan oleh isteri kepada pelakon, Hairul Azreen itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hanis turut menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlalu memikirkan mengenai perbuatan jahat orang lain terhadap diri kita kerana menyifatkan Alah semestinya akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik,
“Andai mereka tewas dengan iri dalam hati mereka, andai mereka tewas dengan nafsu jahat mereka, merekalah yang dalam kerugian. Kasihanilah— mereka tidak tahu.
“Jangan lagi dipikir-pikirkan sangat. Kalau kita disakiti, disalah anggap, atau tidak pernah ada yang menghulurkan kemaafan atas apa yang kita terpaksa lalui, mintalah pada Tuhan yang sentiasa mendengar.
“Ya Allah, atas sebab aku sabar akan ujian ini, Kau berikanlah aku ganjaran yang Kau janjikan. Hanya kepadaMu aku bergantung harap.
“Cry it out if you must. InsyaAllah, better days are waiting,” jelasnya lagi.
Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak sehingga meraih hampir 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Rata-rata netizen dan rakan artis dilihat menitipkan ucapan terima kasih buat Hanis selain turut menyifatkan mereka amat memerlukan kata-kata semangat terutamanya ketika waktu sukar ini.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha