Pelawak dan usahawan, Shuib menepis khabar angin mendakwa ada selebriti yang cuba mendekati dirinya selepas pemergian isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.
Akui terkejut, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, dia juga tidak tahu siapakah wanita yang cuba mendekati dirinya dengan lebih dekat sekaligus menafikan dakwaan berkenaan.
“Saya tak tahu langsung… siapa ya? Allahuakhbar, saya tidak tahu. Sekarang ni, memang tiada mana-mana perempuan yang cuba mendekati saya,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di Putrajaya pada Jumaat.
Shuib bagaimanapun menjelaskan, dia masih tidak mahu memikirkan soal jodoh buat masa sekarangdan buat masa ini dia belum bersedia mencari pengganti.
Ads
“Soal jodoh saya tak berani nak cakap banyak, tentulah percaturan Allah SWT paling tepat. Saya tak akan tolak jodoh. Apa yang Allah berikan itu yang terbaik.
“Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Tetapi, saya serahkan pada Allah SWT tentang masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.
Ads
“Namun jika ditanya untuk masa sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pelik yang akan datang apabila memikirkan soal ini. Bukannya saya takut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya jujur.
Sementara itu, Shuib turut akui sekiranya pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang selepas ini, dia enggan wanita yang mempunyai persamaan dengan Allahyarham isteri.
Ads
“Sarah ada dalam kelasnya tersendiri. Lagipun, terpulang pada anak-anak. Kalau mereka suka, mungkin akan diteruskan.
“Jika mereka tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang,” jelas Shuib yang turut bersetuju bahawa anak-anaknya yang kini sedang membesar perlukan kasih sayang seorang ibu.
Shuib dan arwah isterinya, mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Mereka kemudiannya dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerap meninggalkan reaksi terhadap apa sahaja komen yang dilontarkan pengguna media sosial, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia sejujurnya mengakui pada peringkat awal perceraian, dia juga tidak kuat.
Penyanyi Satu Jam Saja itu berkata demikian apabila ditanya salah seorang peminatnya, bagaimana untuk menjadi ibu tunggal yang kuat sepertinya.
“Macam mana awak boleh jadi orang yang kuat?,” tanya salah seorang pengguna media sosial.
Lalu, jawapan yang diberikan Fatin nyata optimis.
“Im sorry your marriage didnt work out. Percaya rezeki tu ada. Rezeki untuk anak th ada. Mula-mula memang susah, saya mengaku.
“tapi mulakan hari dengan fikir “rezeki untuk anak”, rezeki akan datang. Tapi jangan lupa usaha. Orang akan pandang serong bila kita bawa status janda tapi jangan pedulikan.
“Sibukkan diri dan semuanya akan okay,” balas Fatin jujur.
Pada masa sama, ramai turut memuji kencantikan ibu kepada dua anak ini. Malah, rara-ratanya mendapat jawapan balas dari Fatin.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Emma Maembong ada berkongsi gambar di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan pelakon Tersuka Tanpa Sengaja itu telah meraikan ulang tahun hari jadi seorang jejaka dikenali sebagai Syed Abdullah yang ke-30 tahun bersama ahli keluarganya semalam.
Menariknya, jejaka itu merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq.
Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memberikan reaksinya mengenai single terbaru anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang berjudul Tolonglah.
Menurut Michael, dia amat menyukai lagu tersebut dan berharap lagu ini dapat mengubah mentaliti orang ramai terhadap remaja berusia 15 tahun itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, pengarah drama, Perempuan Tanpa Dosa itu turut menyifatkan lagu tersebut mempunyai makna yang sangat mendalam dan sampai ke jiwa para pendengar.
“Salam semua! Ini posting bukan sebab kawan atau mengampu! Cuma nak bagitahu you all sejujurnya I love this Tolongla Aku by @cikb_havoc66 congrats Cik B! Tepokkkkkkk!
“Dengan lagu ni harap-harap senyap la netizen dari menghina atau mengata you! This is really a good songs and lyrics dia ada maksud yang best!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Michael turut berpendapat bahawa Cik B sememangnya memiliki kualiti suara yang sangat unik selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu
“I wish you all the best and yang belum dengar pergi la dengar and suara Cik B is unique and ada value dia sendiri and bukan buat lagu untuk gimmick macam @datoserivida hehe.
“Jangan marah Dato Jujur aje! Luv u!,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pendapat yang sama selain turut meluahkan rasa kagum melihat pencapaian anak muda itu setakat ini.
Terdahulu, lagu Tolonglah merupakan ciptaan sepenuhnya Cik B dan Datuk Seri Vida dan telah pun dilancarkan pada 1 Disember lalu.
Selepas dua hari ia dimuat naik, lagu tersebut telah pun mendahului carta di selepas meraih lebih 1.5 juta penonton di laman Youtube.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!