“Jika Masih Berjalan Tahun Ni Mesti Sis Menghadapi Kesukaran,” – Sheila Rusly Tamatkan Ketuk-Ketuk Ramadan, Peminat Kata Keputusan Tepat

Share

Penerbit dan pengacara terkenal, Sheila Rusly pernah memaklumkan program kendaliannya, Ketuk-Ketuk Ramadan tiada lagi musim terbaru tahun ini.

Kini, Sheila dilihat kian gemar memasak dan berkongsi resepi masakan di laman media sosial Instagram miliknya.

“Sumpah Senang!! Full video sis dah upload dekat Youtube Sheila Rusly. Check it out gais!!

“Less is more. Happy cooking & Stay safe

“#ayamvaruval #airtangansr #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pendapat ibu kepada dua cahayamata itu membuat keputusan tepat 

menamatkan program masakan tersebut.

“Sis mngambil keputusan tepat apabila tamatkn ketuk2 ramadan tahun lps. Jika masih brjln tahun ni msti sis menghadapi kesukaran.

“Smoga sis dan keluarga urusannya sntiasa di mudahkn. @sheilarusly_jspictures,” tulisnya.

Lantas, Sheila turut memberi reaksi terhadap komen berkenaan dengan meluahkan rasa syukur dengan perancangan Yang Maha Esa.

“True. Alhamdulilah. Tq Allah.,” balas Sheila.

Video: Instagram Sheila Rusly

Published by
Nazar Rafiqhi