Usahawan dan juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila menjawab dakwaan sesetengah netizen yang menyangka rumah tangganya bermasalah gara-gara jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial.
Nabila berkata, suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin lebih selesa memilih untuk mengekalkan kehidupan mereka secara privasi.
“Dia macam ni… bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Tapi suami saya memang sejenis privasi orangnya dan tidak suka sangat berkongsi.
“Dia rasa lebih selesa untuk tidak berkongsi. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sedikitlah.
“Tapi itu tidak bermakna retak atau apa, kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, ajal, maut ini semuanya ditangan Tuhan.
“Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau assume.
Ads
“Selagi ada jodoh kita akan teruskan sebab setiap perkahwinan pun ada cabaranya,” katanya.
Terdahulu, Nabila ditemui di Majlis Kucate Gold Rally Winner Celebration di Colony@Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Mengulas mengenai kehidupan peribadinya yang sering menjadi perhatian netizen, Nabila menyifatkan ia lumrah kehidupan sebagai keluarga selebriti.
“Tak tahulah, saya rasa macam kadang-kadang tak selesa tetapi sebab kita pun… Ialah macam Lofa artis kan, selepas itu terpalit Sharnaaz, artis juga, anak saya.
“Saya rasa saya respek yang orang mungkin nak tahu, curious, macam itulah lebih kurang. Tapi tak adalah saya kena… Maksudnya jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekali lah kan.
“Tak adalah dia (suami) tak banyak komen, tak banyak cakap. Dia macam itu sahaja jadi bila orang komen pun dia tak ada perasaan.
Ads
“Mungkin dia tak baca komen kot, saya baca tapi bukanlah sebab dah biasa, cuma saya rasa kita dulu-dulu dah kena macam-macam.
“Jadi sekarang saya rasa macam numb, tak rasa apa-apa. Melainkan kalau saya kenal awak, awak bercakap, terasalah. Tetapi kalau netizen tu tak rasalah,” katanya lagi.
Terdahulu, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.
Nabila sebelum inu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Ads
Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 13 tahun.
Kemudian pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya namun bercerai sekitar bulan Jun 2020.
Perkahwinan kedua Emran bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa syukur susulan dapat bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan selepas lebih sebulan dilahirkan.
Memaklumkan perkara itu menerusi ruangan Insta Story miliknya, Shuib mendedahkan dia berkesempatan untuk meluangkan masa selama tiga jam bersama Ayash, petang Isnin.
Apa yang syahdu, Shuib turut menulis coreta sebagai tanda rasa rindu buat arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Dia turut mengucapkan terima kasih atas hadiah istimewa yang diberikan isteri tercinta buat kali yang terakhir.
“SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa 3 jam dengan AYASH AFFAN.
“Syukur, AYASH sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat. Muka macam Daddy la Ibu.
“Memang special sangat Hadiah dari Ibu. Allahuakbar. I wish U are here Sayang. I LOVE U,” tulis Shuib.
Menerusi platform sama, Shuib sebelum ini turut memberitahu kepada peminat dia diizinkan untuk bertemu anak keempatnya itu dan menyifatkan ia sebagai hadiah ulang tahun yang paling istimewa.
Shuib kehilangan isteri tercintanya itu yang meninggal dunia akibat Covid-19 selepas ditidurkan dan selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin menitipkan harapan buat aktres tersebut yang ketika ini dilaporkan kritikal dan dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU)di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu.
Menerusi Insta Stories, Faliq berdoa semoga Nad terus kuat demi anak-anak, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada di bawah jagaannya.
“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem dan Som,” tulisnya ringkas, sebentar tadi.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian aktor, Ungku Ismail yang memberitahu Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam kritikal.
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Semalam bintang berusia 32 tahun itu dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.
Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Sementara sekitar April lalu, dia yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis mendedahkan mengalami batuk berkahak akibat pasca Covid-19 sehingga menyukarkannya untuk bekerja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Baby Shima akui terkilan dengan dakwaan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai ‘menjual agama’ gara-gara mengenakan pakaian sopan ketika membuat persembahan disebuah majlis pada Sabtu lalu bersamaan dengan hari memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.
Kata individu berkenaan, Baby Shima hanya mengenakan pakaian sopan kerana mahu menghormati majlis dan bukannya agama.
Lantaran itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, tampil mempertahankan dirinya selain turut menyifatkan dakwaan individu berkenaan seperti agak keterlaluan.
“Kenapa banyak geng-geng PAS pertikaikan saya bersopan? Pakcik ni adalah orang kuat PAS tapi jahatnya mulut. Haritu bising sebab saya seksi, sekarang bising sebab saya pakai sopan.
“Tak faham lah dengan geng-geng PAS ni. Semua tak kena,” tulisnya di Instagram.
Jelasnya lagi, walaupun dia belum menutup aurat dengan sempurna, namun usahanya untuk menghormati majlis tidak sepatutnya dipertikaikan.
“Memang la saya ni belum bertutup aurat lagi tapi saya nak menghormati majlis agama.
“Memang la saya tahu tak tutup aurat tu dosa tapi sampai hati pakcik PAS ni cakap saya ikut kesesuaian majlis sebab jual agama.
“Salah ke saya pakai sopan majlis tu pak cik? Ramainya pertikaikan kenapa saya tutup aurat pada majlis isra mikraj hmmmmmm,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji usaha Shima untuk menghormati majlis.
“Nanti kalau pergi majlis agama tak pakai tudung, kau cakap dia tiada akhlak pula. Janji dia ada rasa hati nak pakai tudung tu pun dah baik dah. Nasihat pun ada caranya.
“Patutnya doalah yang baik-baik. Tak tutup kau bising. Dah tutup pun bising. Nak apa sebenarnya ni?
“Alhamdulilah, sekuran-kurangnya Shima tahu pakaian yang sesuai ikut majlis.
“Jangan cakap macam tu. Dosa pahala bukan kau yang tentukan. Itu kerja Allah. Siapa kita pandai-pandai nak labelkan orang penjual agama?
“Patutnya berdoa kepada Allah. Tunjuk jalan benar kepada Shima. Bukan kita kutuk dia. Siapa kita nak menghukum,” antara komen-komen netizen.
Baru-baru ini, Shima ada berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya mengenakan pakaian sopan dan berhijiab sewaktu membuat persembahan di Kuantan, Pahang.