Memaklumkan suatu kisah yang cukup misteri, setiap butir bicara yang keluar daripada penyanyi senior, Awie cukup mistik.
Perut membusung, lintah keluar daripada perut dan bakal menemui ajal andai muntah darah, inilah realiti yang pernah dihadapi awal tahun lepas sehingga menjejaskan aktiviti kerjaya.
Kongsi vokalis Wings ini, saat yang paling kritikal pernah dihadapi sewaktu pulang daripada mengerjakan umrah apabila dia pengsan di rumah dan disyaki mengidap kanser.
“Sakit paling teruk adalah sewaktu pulang dari mengerjakan umrah sehinggakan doktor mengesyaki saya mengidap kanser tahap awal.
“Saya pengsan di rumah pada hari ketiga selepas pulang daripada umrah. Perut membusung dan belakang badan seperti dicucuk dengan keris. Saya tidak mampu melakukan apa-apa dan apabila merujuk kepada doktor, saya dikatakan mengidap slip disc, namun mustahil kerana saya telah meninggalkan angkat berat beberapa tahun lalu.
“Perut busung pula dikatakan kerana gastrik,” jelasnya.
Tidak habis disitu, sebaik sahaja melangkah keluar daripada hospital, tidak lama kemudian, kaki kirinya mula membengkak sehingga menyukarkan pergerakan. Walaupun doktor mengesahkan ia penyakit gout, namun pakar perubatan alternatif mengatakan sebaliknya.
Ads
“Selepas seminggu keluar hospital, kaki kiri saya membengkak selama sebulan. Dan doktor mengatakan saya ada gout. Saya telah berhabis berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan.
“Teman saya di Indonesia, Pulau Pinang dan Parit Buntar memeriksa secara batin dan ketiga-tiganya mengatakan perkara yang sama. Saya harus dapatkan rawatan dalam masa 20 hari di Indonesia, namun jika sehingga muntah darah, saya sudah tiada harapan untuk hidup,” katanya.
Detik yang cukup menggerunkan apabila hasil daripada kaedah rawatan kuno yang dilakukan di Indonesia, tiga ekor lintah keluar daripada perut.
“Proses rawatan di sana menggunakan kaedah kuno di mana saya dibaringkan dan di sisi saya terdapat beberapa lelaki sedang berwirid. Tiga ekor lintah keluar daripada perut dan syukur saya kembali sembuh,” tambahnya lagi.
Ads
Walau bagaimanapun, kisah malangnya tidak tamat di situ. Sakit misteri datang menyerang sekembalinya dia ke Malaysia.
“Namun kaki kirikembali sakit apabila mahu pulang ke Malaysia. Saya juga tidak mampu melihat sewaktu menjejakkan kaki di lapangan terbang Malaysia. Dan saya dimasukkan ke hospital semula.
“Waktu itu doktor menjalankan rawatan endoskopi dan melihat ada tanda-tanda kanser. Keadaan itu menyebabkan doktor pakar terus datang dan melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya. Sel tersebut dihantar ke Melbourne bagi tujuan pengesahan,” katanya.
Awie yang ditemui pada majlis Sidang Media Konsert Romantika yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur mengakui reda andai kanser yang ditakdirkan untuknya.
Ads
“Pada mulanya doktor enggan mendedahkan penyakit sebenar namun selepas dipaksa, dia akur. Jika benar kanser, saya reda.
“Saya tahu kekuatan diri dan stamina yang ada, jadi andai saya mengidap penyakit yang serius, stamina akan jatuh. Namun itu tidak berlaku kepada diri saya.
“Hati kecil menidakkan sakit kanser tersebut. Doktor turut memberi tiga suntikan untuk menghilangkan kesakitan gout, namun masih tidak sembuh. Selepas beberapa hari, saya mendapat keputusan makmal mengenai sel yang dihantar ke Melbourne dan syukur ia bukan kanser,” jelasnya kepada media.
Bagaimanapun, katanya, dia berdoa semoga keadaan kesihatannya juga baik untuk menjayakan konsert Romantika pada 15 Februari tahun depan.
Konsert Romantika Awie yang meraikan ulang tahun ke-25 pembabitannya sebagai artis solo bakal berlangsung jam 8 malam di Stadium Malawati Shah Alam.
Tiket konsert berharga daripada RM88 hingga RM438. Keterangan tiket layari www.myticket.asia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Hidup perlu diteruskan”, itu antara kata-kata semangat buat anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi Fly setelah bergelar solo pada Disember tahun lepas.
Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram penyanyi itu, penyanyi lagu Superfly ini ada memuat naik sekeping foto bersama jurulatih boxing yang dikenali sebagai MD Muhanad.
Untuk rekod, Mimi mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Firdaus pada Mei 2015 sebelum mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada Disember 2017.
Foto : IG Mimi Fly, MD Muhanad.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amelina yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Janda Anak Enam sejujurnya mendedahkan, lagu berkenaan sedikit sebanyak turut berkaitan dengan kisah hidupnya yang bergelar ibu tunggal, lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun kata Amelina, lagu tersebut juga turut ditujukan buat mereka bergelar ibu tunggal, tetapi dalam sisi yang sinis.
“Ia sinis mengisahkan kisah rumah tangga yang dilalui bersama bekas suami. Kiranya, saya mewakili suara wanita yang senasib. Iyelah, sebab apabila sudah berpisah, macam-macam hal yang terpaksa dilalui.
“Pada masa sama, boleh buktikan yang kita (ibu tunggal) ini pun boleh berjaya, dengan kudrat sendiri tanpa suami,” kata penyanyi berusia 45 tahun ini lagi.
Lebih simbolik, lagu tersebut juga boleh dikatakan sebagai kesinambungan kepada lagu lamanya, Anak Dara yang dirakam lebih 20 tahun lalu.
“Dulu kan saya ada rakam lagu tersebut, jadi kini lagu Janda Anak Enam ibarat pelengkaplah kepada lagu tu. Dulu anak dara, sekarang dah berkahwin kemudian berpisah,” seloroh Amelina yang turut menyambut baik sambutan positif peminat terhadap lagu ciptaan adik kepada Iwan Dangdut itu.
“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik. Meski sebulan dilancarkan, ia sudah pun mendapat lebih 159,000 di YouTube setakat ini. Kiranya ia baik, meski promosi belum dilakukan secara menyeluruh,” katanya yang bakal menjalani penggambaran untuk muzik video lagu tersebut dalam tempoh terdekat.
Ibu kepada enam cahaya mata ini ditemui MH di lokasi penggambaran drama 14 episod, Patah Sayap Bertongkat Paruh di Kapar, Klang pada Isnin.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Berkongsi mengenai pembabitannya dalam drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu, Amelina yang mendukung watak sebagai Maznah memberitahu, dia teruja untuk beraksi di hadapan kamera meski pada awalnya tertekan kerana melibatkan babak yang banyak.
“Memang pada mulanya tak jangka. Ingatkan sebagai penampilan khas sahaja. Bagaimanapun, beberapa hari selepas penggambaran, saya terima lagi skrip untuk dihafal.
“Lalu ia membayangkan babak yang kena shooting pun banyak. Rezeki alhamdulillah,” jelas Amelina yang turut kagum dengan semangat para pelakon lain.
A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on
Selain Amelina, drama bersiri arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Jalil Hamid, Lydiawati dan ramai lagi.
Foto: Instagram Amelina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!