Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan penyanyi dangdut, Amelina Amir Sharipuddin mengenakan sepersalinan rona putih sambil duduk di atas pelaminan bersama seorang jejaka.
Foto berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di hati para peminat yang ingin tahu adakah benar Amelina kini telah pun melangsungkan majlis pernikahannya.
Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Amelina memaklumkan foto-foto berkenaan sebenarnya merupakan antara babak-babak yang dilakonkannya menerusi telefilem terbaru yang berjudul Akad Ibu Sejadah Rindu.
Pada masa sama, Amelina mendedahkan dirinya berasa sedikit tersinggung dengan reaksi-reaksi yang diberikan oleh segelintir pihak yang mengecam mengenai tindakannya itu.
Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai umurnya untuk kembali berumah tangga.
“Sentap lah! Ada yang amin kan! Ada yang kecam dan ada yg kata ‘sudah lah dah tua-tua pun nak kahwin ke’
“Ingat kak long tak laku ke? Bersusun tau, cenggini haaa. Sekali petik 10 yang LARIKKKK….tau,” tulisnya.
Jelas bekas peserta program Gegar Vaganza 5 itu lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh kerana sekiranya tersalah pilih pasangan, kesannya akan kekal sampai bila-bila.
“Ingat, PERKAHWINAN akan jadi PERKARA terindah tetapi jika anda tersalah pilih PERKAHWINAN akan jadi SEJARAH TERBURUK dlm kehidupan mu,” ujarnya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Amelina dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Kalau betul pun apa salahnya kan, tetap maintain cantik.
“Betul, perkahwinan akan menjadi sejarah terburuk dalam kehidupan kalau tersalah pilih.
Ads
“Sabar kak, hidup kita memang selalu diuji.
“Tua-tua la perlu kahwin supaya ada kawan. Takpe kak, kalau ada jodoh, akak kahwin je tau. Kita doa tang baik-baik,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Akad Ibu Sejadah Rindu merupakan sebuah telefilem yang diarahkan oleh Siti Jasmina dan akan ditayangkan di saluran RTM 1.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Amelina Amir Sharipuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian pelakon Fasha Sandha yang memuat naik gambarnya bersama Nora Danish mendapat perhatian netizen.
Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkongsikan momen-momen mereka bersama ketika berbuka puasa sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran anak pertama Fasha, Putra Rayfal Ramli di kediaman bekas mentuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Tampil berpakaian tradisional sedondon merah hati, Fasha dan Nora kelihatan mesra bergambar bersebelahan bersama ahli keluarga bekas suami mereka.
Nora kemudiannya meninggalkan komen berbentuk emoji hati sebelum dibalas Fasha yang menyifatkan Nora seorang individu yang mempunyai hati baik.
“Terima kasih mummy gorgeuos (Nora) dan keluarga. Thanks layan I dan anak-anak dengan baik. Such a good heart. Syukur Alhamdulillah.
“Rayfal merupakan orang yang paling gembira sekali bila tengok kita bersama.
“Anak-anak juga menyatukan hati kita semua.
“Alhamdulillah syukur di atas kebaikan yang Allah berikan untuk keluarga kita, Alhamdulillah,” tulis Fasha.
Sebelum ini, perselisihan faham pernah tercetus di antara Fasha dan Nora selepas Fasha mendakwa dirinya dihalang penganjur daripada memasuki acara pertunjukan fesyen pada tahun 2017, kononnya atas arahan Nora.
Bagaimanapun, pada 2018, Fasha dan Nora sepakat selesaikan isu mahkamah secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Thailand, Winai Kraibutr yang terkenal membintangi filem seram Nang Nak telah meninggal dunia pada 20 Mac 2024 yang lalu selepas lima tahun menghidap Bullous Pemphigoid, sejenis penyakit kulit yang jarang berlaku.
Isteri Winai, Ochanya Kraibutr mengumumkan kematian suaminya menerusi hantaran di media sosial. Dia turut juga melahirkan rasa terima kasih atas sokongan yang diterima daripada peminat dan rakan-rakan semasa suaminya sakit.
Menurut doktor yang merawat, Winai mengalami jangkitan pada aliran darahn sehingga me menyebabkan tekanan darah menurun dan akibat keadaan tersebut jantungnya terhenti.
Meninggal pada usia 54 tahun, Winai yang memulakan kerjayanya sebagai model, memperoleh kemasyhuran di peringkat antarabangsa selepas membintangi filem popular, Nang Nak dan filem sejarah Bang Rajan pada 1999 dan 2000.
Kedua-dua filem itu mencapai kejayaan box office, meraih lebih daripada 150 juta baht (S$5.55 juta), menjadikannya menerima gelaran “Hundred Million Hero”.
Kehidupannya mengalami perubahan yang tidak dijangka pada 2019 apabila dia didiagnosis penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit.
Isteri Winai berkongsi bahawa dia pada mulanya mendapatkan rawatan di hospital dan turut mendapatkan rawatan alternatif, termasuk rawatan secara rohani keagamaan.
Akibat penyakitnya, bapa kepada tiga cahaya mata itu terpaksa berhenti berlakon dan mula menjual barangan secara dalam talian sebagai mata pencarian.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan