Menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku sekadar gimik pemasaran, tegas Datuk Seri Vida, dia tidak perlu menggunakan elemen kematian dua anak lelakinya dalam tragedi kebakaran sebagai gimik.

“Tidak perlu gimik atau strategi pemasaran apabila berkaitan dengan kematian anak-anak saya. Banyak lagi cara lain yang boleh saya gunakan untuk naikkan perniagaan. Ini ialah kenyataan dan realiti yang sedang berlaku.

“Banyak mana yang saya akan dapat dengan gimik begini? Dengan kata-kata yang mendatangkan dosa,” tegasnya.

IKLAN

Jelasnya kepada MH, dia dan anak-anak mengalami kemurungan akibat kata-kata yang dilemparkan Azwan Ali. Malah kongsinya lagi, Cik B pernah menyuarakan kata-kata seandainya dia lelaki, pasti dia turut menjadi korban tragedi.

“Kacak rasa bersalah kerana dia yang memulakan semua ini. Dia meminati Azwan Ali. Cik B pula dikutuk sebegitu rupa. Walaupun saya tidak kuat namun saya perlu kuatkan mereka. Saya sentiasa beri semangat kepada anak-anak agar terus positf.

IKLAN

“Saya perlu beri dorongan kerana mereka berdua ada di dalam tragedi kebakaran itu. Mereka masih trauma dengan tragedi sampaikan Cik B pernah suarakan kepada saya, nasib baik dia bukan lelaki, jika tidak dia pun mesti sudah meninggal dunia akibat kebakaran tersebut. Dahulu dia malu untuk masuk ke rumah itu kerana semuanya lelaki. Cukuplah bangkitkan kembali kejadian itu,” jelasnya sebak.

Usahawan popular ini turut mengulas punca sebenar dia mengambil keputusan untuk menghilangkan diri dalam dunia hiburan.

IKLAN

“Sebenarnya saya tiada produk yang ingin diketengahkan dan sebab itu saya mendiamkan diri. Malah berkait isu tajaan, setakat ini tiada lagi tajaan yang memberikan kesan kepada perniagaan saya. Saya sudah lalui pada tahun 2017 apabila menaja dan tiada hasil,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Vida memfailkan tuntutan saman malu di mana menerusi tuntutan berkenaan, Azwan Ali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala penghinaan terhadap DSV dan anak-anaknya dalam masa 48 jam di media sosial serta menandatangani perjanjian untuk menarik kembali kenyataan dan video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI