
Khabar sedih menyelubungi dunia seni fesyen tanah air apabila Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis dilaporkan meinggal dunia pada malam Ahad.
Jiman yang merupakan seorang ikon fesyen, nasihat perhubungan awam dan bekas peguam bukanlah asing dalam dunia seni tempatan.
Allahyarham kerap menjadi pilihan sebagai penasihat fesyen kepada pelbagai jenama selain bekerjasama dengan selebriti popular dalam merangka stail mereka.
Rakannya yang juga pelakon terkenal, Nabila Huda berkongsi berita ini dalam satu hantaran yang dimuat naik di ruangan Insta Story miliknya.
“Dukacita dimaklumkan kita kehilangan seorang sahabat, abang dan kesayangan Mohd Nizam Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas. Didoakan agar Allah mengasihani dan mengampunkan arwah dan menempatkannya di tempat terbaik di syurga.
“Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ahli keluarga yang kehilangan Jiman,” tulis Nabila ringkas.
Dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh pada jam 10 pagi hari ini.
Imbas kembali, Jiman merupakan seorang graduan dari Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang dan pernah disenaraikan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh di Malaysia oleh GetCraft.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lelaki Yang Sangat Kemas Dan Pembersih,” – Zahirah MacWilson Cerita Sikap Suami Yang Baru Diketahui Selepas Berkahwin

Pelakon Zahirah Macwilson kini makin bahagia sejak mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.
Meski sedar akan tanggungjawabnya akan menjadi lebih besar sejak bergelar isteri, bintang cantik ini bagaimanapun akui dirinya masih lagi dalam fasa ‘bercinta’ dengan suami tersayang.
“Alhamdulillah, satu fasa baru dalam hidup saya. Kalau nak dikata bagaimanapun dengan perkahwinan kini, rasa sesuatu yang berbeza dan menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.
“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia memandangkan keluarga di Australia tapi kini saya ada suami yang sentiada ada bersama di sisi,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Zahirah ditemui pada Majlis Tayangan Gala filem sulung lakonannya, Bulan & Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, pada Khamis.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Ditanya apakah sikap atau perkara pelik suami yang baru diketahuinya selepas mendirikan rumah tangga, pelakon berusia 25 tahun itu tidak menafikan Aiman merupakan seorang lelaki yang sangat pembersih.
“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Lazimnya, kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan, akan tapi dia sebaliknya.
“Sebagai contoh bila di rumah, barang-barang yang ada kena kemas dan tak boleh berhabuk pun.
“Tapi saya rasa itu perkara yang baik untuk kami,” dedah Zahirah.
Sementara itu, filem Bulan & Pria Terhebat bakal ditayangkan 12 Mac depan.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Selain Zahirah, filem yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Zizan Razak, Khir Rahman, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dihalau Sekuriti, Azharina Azhar Rasa Kesal, “Saya Datang Dengan Kakak, Seorang OKU.”

Penyanyi, Azharina Azhar meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendiskriminasi golongan kurang upaya (OKU) yang melibatkan kakak penyanyi itu sendiri.
Kongsinya, ketika dia dan kakaknya yang dikenali sebagai Aishah mahu membeli barangan di sebuah pasaraya di sekitar Sepang, lalu mereka didakwa telah dihalau pengawal ketika mahu meletakkan kenderaan di kotak parkir (bahagian OKU).
“Saya datang dengan kakak saya, Aishah, seorang OKU. Kami datang nak beli barang dan cari parking OKU. Selalu kami datang cari parking OKU sebab kakak saya dalam kategori tersebut.
“Apabila kami sampai di parking OKU, ada dua orang sekuriti (pengawal) halau kami daripada parking di tempat yang disediakan khas untuk golongan OKU. Alasannya, boss tak suka parking di OKU.
“Boleh tak bagi jawapan yang relevan sebab tak boleh parking sini? Sedangkan ada sticker OKU. Hal ini berlaku pada raya cina ketiga (Isnin). Patut ke penindasan ini berlaku pada golongan OKU sedangkan ada sticker OKU?
“Sememangnya parking itu sudah tersedia dan kosong! Pihak berkuasa kena ambil tindakan dan kaji semula perkara ini.
“Jadi, netizen di luar sana, lebih perlu berhati-hati kerana diskriminasi pada OKU paling banyak berlaku, sebab saya sentiasa ada dengan kakak yang juga golongan terbabit,”kata Azharina tegas.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
Video berdurasi lebih empat minit itu dirakam juara Gegar Vaganza 3 (GV3) di dalam kereta sejurus pihak tersebut menghalau mereka.
“Kenapa perlu Diskriminasi OKU ?
“Asalamualaikum . Perkara ini berlaku Isnin lalu , Saya harap di Tahun 2020 tidak ada lagi dikriminasi untuk Golongan Orang Kurang Upaya ini OKU . Pihak Berkenaan Harus ambik Tindakan atas Kejadian ini .
“Saya harap ramai bole share video ini Tuk Kesedaran . Bangunan ini bersebelahan dengan Bangunan Eco Shop rm2.10 yang baru di buka di Taman Mas Puchong . Di sebelah Kiri sekiranya anda berdepan dgn Eco shop.
“Saya harap pihak berkuasa dapat mengkaji semua dan membuat siasatan Lanjut Mengenai kelulusan parking OKU disini , sekiranya sepertimana yang di nyatakan kepada kami tadi oleh dua orang sekuriti berbangsa India tadi Pihak Management memarahi mereka jika membenarkan sesiapa sj parking di Tempat berkenaan wlwpun Orang Yang mempunyai Stiker Kereta SAH OKU dan Kad OKU,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam masa sama, penyanyi yang sinonim dengan lagu Elegi Sepi itu juga merakam foto lokasi di tempat kejadian.
View this post on InstagramA post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on
Foto/ Video : Instagram Azharina Azhar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Al Fatihah… Pemilik Suara Watak Animasi ‘Aki’, Pada Zaman Dahulu, Datuk Alias Lazan Meninggal Dunia

Popular dengan suara watak animasi, Pada Zaman Dahulu iaitu Aki, lakonan suara Datuk Alias Lazan yang sering bercerita mengenai kisah teladan kepada dua orang cucunya telah meninggal dunia.
Perkara itu dikongsikan Facebook rasmi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. beberapa jam lalu.
“Pagi tadi kami mendapat berita menyedihkan iaitu pelakon suara untuk watak Pak Mail (Geng) dan Aki (Pada Zaman Dahulu) telah meninggal dunia.
“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah,” tulisnya.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang, Kuala Lumpur kira-kira subuh tadi.
Perkara tersebut dikongsikan anak Allahyarham, Lynda Alias di Facebook miliknya.
“Assalamualaikum wbt,
Dukacita di maklumkan papa saya
Dato Haji Alias Bin Mohd Lazan telah kembali ke rahmatullah subuh tadi di
Hospital Selayang Kuala Lumpur.
“Mohon semua menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah, Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lynda juga memohon doa orang ramai agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah papa. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia.
“Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Ya allah ya tuhanku permudahkn perjalanan kami dari JB….aminnn,” akhirinya.
Allahyarham juga pemilik suara Pak Mail menerusi animasi Geng: Pengembaraan Bermula.
Foto/ Video : Facebook rasmi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., Lynda Alias, Youtube Pada Zaman Dahulu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI