Jinggo Kongsi Video Hubungan Akrab Uzair Haqimy & Luth Mikhail, Titip Doa Buat Famili; “Generasi Yang Berkasih Sayang, Tiada Hasad…

Share

Pengarah produksi, Azman Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Jinggo berkongsi video kandid yang memaparkan hubungan akrab dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Sambil merakam gelagat dua permata hatinya itu, turut terlihat di dalam video berkenaan ialah menantunya, Elisya Sandha berserta ahli keluarga lain.

Jinggo menerusi ruangan kapsyen menitipkan doa serta harapan buat keluarga besarnya itu.

“Generasi ku… Generasi Tok Sidang… Semoga Allah memakburkan doa ku… Generasi yang berkasih sayang… Generasi yang tiada hasad di dalamnya…

“Generasi yang menangis bersama… Generasi susah bersama… Generasi yang kesenangan dikongsi bersama… Generasi bersangka yang bersangka baik selamanya… InsyaAllah memakburkan doa ku…Doa untuk Generasi ku… Generasi Tok Sidang…,” tulisnya.

Terdahulu, anak sulungnya, Uzair Haqimy atau Haq berkahwin pada Ogos tahun lalu bersama Elisya selepas hampir tujuh bulan menjalin pertunangan.

Sehingga kini, video berkenaan sudah menerima lebih 13,000 tanda suka.

Artikel Berkaitan;

Dewi Remaja 2019 Shaza Bae Buang Rasa Takut, Mahu Hargai Pengalaman Berlakon Dengan Jinggo & Sheila Rusly

“Darah Dekat Bibir I Tahu You Tahan Sakit,” – Bola Boling Hempap Muka, Jinggo Puji Semangat Sheila Rusli

“Orang Terawal Bagi Teman Kroje Sebagai Handy Man…,” Dedikasi Jinggo Buat Aziz M Osman, Memori Bersama Arwah Mamat Khalid

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH