“Jiwa Mengamuk Bahagia Bila Dua Heroku Bergabung Meletop,” – Makin Berani Tayang Kebahagiaan, Peminat Doa Elly Mazlein Capai Bahagia, Cepat Nikah!

Share

Nampaknya, pelakon, Elly Mazlein memang sedang diulit rasa bahagia apabila sering muat naik foto bersama teman lelakinya yang mesra dipanggil papa.

Kisahnya semalam, Elly berkongsi foto dua lelaki penting dalam hidupnya iaitu ‘papa’ dan ayahnya menaiki satu kereta serta bersama anaknya, Putri Sara Sefhia.

“Jiwa mengamuk bahagia bile 2 hero ku bergabung meletoppppp .. Abah & Papa #AwanNano. Malu + munga2 ..Nak nyorok blkng langsir jap .. nyorok dlm keta pun bole.

“Aku tenggelam dlm lautan kasih sayangmu, tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini. Tq sudi mmbahagiakan jiwa kecil itu.

“Mkn pun nak 1 pinggan dgn papa #AwanNano. Mama bole mamam dgn tenyum sbab papa layan manja mamam. #BagiMamaChanceLa ,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan kebahagian Elly.

Elly pertama kali memperkenalkan teman lelakinya pada Oktober lalu apabila muat naik foto anaknya, bersama seorang lelaki yang kemudiannya diakui sebagai ‘papa’.

Foto/Instagram: Elly Mazlein

Published by
Khaleeda Rashikin