Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya sudah pun meminta maaf terhadap ibunya, Rozita Ibrahim berhubung teguran terbuka menerusi Instagram, minggu lalu.
Katanya kepada MH, dia juga tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka sebagaimana yang didakwa netizen dan keduanya sudah pun bertemu secara peribadi.
“Saya tak mahu dipanggil netizen sebagai anak derhaka atau anak tanggang. Malah saya sudah pun bertemu empat mata dengan mak bagi menjernihkan keadaan.
“Saya sudah mohon maaf kepadanya. Janji saya kepadanya, tidak akan riak lagi dan akan cuba untuk ikut apa yang dikata,” katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada dia akan turuti nasihat orang tua andai diminta untuk tidak lagi melancarkan lagu, bapa kepada lima cahaya mata ini menegaskan lagu adalah jiwanya.
“Kalau diminta untuk tidak buat lagu lagi… dia macam inilah, lagu adalah jiwa saya. Jiwa saya ni ala-ala macam Faizal Tahir. Saya rasakan… Tak salah. Jadi walaupun orang tak suka, tidak mengapalah saya keluarkan juga.
Ads
“Walau komposer tak mahu buatkan lagu, saya yang melabur untuk mereka buka lagu untuk saya. Ibaratnya macam itulah,” akui Aliff.
Pada masa sama, Aliff turut akui tidak berapa gemar apabila ibunya membuat teguran secara terbuka sekali gus meninggalkan reaksi bercampur-campur netizen.
“Kalau boleh janganlah kutuk-kutuk di Instagram. Jumpalah secara berdepan. Akan tetapi memang sebelum ini dia ada nasihatkan saya juga.
Ads
“Jadi bila bertemu, kami berpelukan dan menangis sama-sama. Secara tak langsung, ia mengeratkan silaturrahim.
“Dia tetap mak kita, jadi saya sudah pun minta ampun dan maaf dengannya. Sebelum ini juga dia ada hubungi dan ada panggilan yang saya tak jawab.
Jadi atas sebab itu, saya bertemu dengannya,” kata Aliff sejurus sidang media pelancaran single terkininya, Cuba Bahagia di Kota Damansara, pada Jumaat.
Ads
Turut sama dilancarkan pada majlis sama ialah video klip lagu berkenaan yang sebelum ini menjadi buah mulut ramai kerana mempunyai babak seolah-olah pengasas kosmetik itu mengalirkan air mata darah.
Terdahulu, ibu Aliff ada memuat naik video yang antara lain menegur seterusnya menasihati anaknya itu agar menjadi ahli perniagaan yang profesional.
Rozita dalam video berdurasi kurang tiga minit itu turut menempelak tindakan Aliff yang kini muncul dengan lagu baru.
Selebriti terkenal, Neelofa yang selamat melahirkan anak pertamanya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu mendoakan semoga fasa baru wanita yang baru sahaja bergelar ibu dipermudahkanNya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Stories awal hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi ucapan ringkas tersebut berlatarkan foto katil bayi.
“Moga Allah mudahkan rutin baru semua para ibu yang baru melahirkan,” tulis bekas hos program MeleTOP itu disusuli emoji berbentuk hati.
Terdahulu, suaminya Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa dan anak lelaki mereka kini berada dalam keadaan baik.
Dalam kenyataan sama, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.
Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Ernie Zakri yang baru sahaja menerima pengiktirafan di SCTV Awards 2024, di Jakarta Indonesia, pada malam Rabu menerusi lagu Masing-Masing.
Karya hasil ciptaan komposer dan pemuzik Indonesia, Ade Govinda itu mengungguli kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aishah Omar, 42, menyifatkan Ernie sebagai duta baru industri muzik yang memiliki suara dan jiwa besar.
“Congratulations Ernie, Kak Mitch is so proud of you. Hati kak Mitch tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ni.
“Akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita yang comel. Kecil je orangnya, tapi punya suara dan jiwa besar,” kongsi Misha.
Dedikasi tersebut diluahkan penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu menerusi Instagram Story miliknya, pada Khamis.
Misha juga percaya pencapaian Ernie mampu membuka jalan untuk mengangkat muzik artis Malaysia ke peringkat serantau.
“Mudah-mudahan ini juga penggerak untuk mengajak pendengar-pendengar dari Seberang untuk dengar juga katalog muzik penyanyi negara kita yang lain, dik!
“Semoga terus mengukir nama di persada muzik Malaysia & Asia! I love you!” tulisnya lagi.
Terdahulu, berita mengenai kejayaan tersebut pantas menerima perhatian peminat di negara ini yang sama-sama menitipkan ucapan tahniah atas kemenangan yang diterima naskhah berkenaan.
Malah suami kepada Ernie yang juga penyanyi, Syamel juga meninggalkan reaksi di ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada isteri tersayang.
Selain Syamel antara rakan artis yang turut sama memberikan komen termasuk penyanyi Shah Eranz, Putera Muhammad dan ibu saudaranya, Ziana Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mengakui masih menyimpan impian untuk menambah cahaya mata walaupun usianya kini sudah menginjak ke angka 43 tahun.Menerusi perkongsiannya dalam...