Pelakon Ruhainies menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya kini menanggung kehidupan Aliff Aziz selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, tuduhan tersebut sememangnya agak melampau dan dia percaya Aliff mampu menguruskan kehidupannya dengan baik.
“Itu fitnah yang sangat berat dan tidak benar. Seperti yang anda selalu lihat di kaca tv sebelum ini, tawaran kerja Aliff memang tak putus-putus.
“Tidak mungkinlah duitnya cepat habis. Dakwaan itu tidak benar. Saya harap hentikanlah fitnah-fitnah seperti ini,” katanya kepada MH.
Pelakon drama ‘Terjerat’ itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Ads
Pada masa sama, Ruhainies berharap semua pihak menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah dan bukan hanya melempar dakwaan di media sosial.
“Asal ada fitnah mengenai saya, saya tak nak membalas semula di media sosial. Itu bukan saluran yang betul.
“Seperti yang saya katakan, kalau kita nak berlawan tentang sesuatu kes, gunakanlah mahkamah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aliff menjelaskan dirinya ketika ini tidak mempunyai masalah kewangan dan kini memilih untuk berehat seketika daripada urusan kerja.
Ads
“Saya masih ada simpanan. Alhamdulillah rezeki saya sebelum ini sangat murah. Saya juga ada buat beberapa kerja lain.
“Jadi, doakanlah yang baik-baik untuk saya dan semua pihak,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies akui agak sedih kerana telah mengecewakan peminat namun berjanji akan berusaha membersihkan nama baiknya.
“Bila berlakunya hal ini, saya berasa agak sedih kerana telah mengecewakan peminat-peminat yang menyayangi saya.
Ads
“Namun, kes ini masih diperingkat pertuduhan dan belum dibuktikan bersalah.
“Saya harap semua pihak dapat menunggu dan melihat apa yang terjadi apa masa akan datang,” akhirinya.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan liwat yang dilakukan mereka.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah mengambil keputusan untuk berangkat ke Perth, Australia, Zahirah MacWilson ada berkongsi keadaan terkini setibanya di negara tersebut.
Menurut Zahirah, keadaan pendemik wabak Covid-19 di negara berkenaan kini berada di dalam keadaan yang terkawal dan jumlah kes tempatan juga adalah sifar.
“Untuk yang tertanya mengenai kes di Perth, dah enam bulan tak ada kes tempatan.
“Sebelum ini pun kes sangat rendah. Sekarang mereka tidak ada SOP seperti kena pakai mask atau kena social distancing.
“Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu menerusi Instagram stories miliknya.
Jelas Zahirah lagi, prosesnya untuk meminta kebenaran bagi memasuki negara tersebut bukanlah senang tetapi dia tetap meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah pun dipermudahkan.
“WA (Western Australia) tutup sempadan mereka dan akan sentiasa tutup sehingga April 2021. Kecuali anda memegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau ada alasan kukuh baru boleh masuk.
“Itu pun sudah tentu kena minta kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia terlebih dahulu.
“Ia bukan sesuatu yang mudah tapi Alhamdulillah, Allah dah susun semuanya.
“Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19.
“Apa-apa pun, semoga Allah sentiasa lindungi kita semua,” kongsinya lagi.
Difahamkan, Zahirah dan Aiman kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel sebelum dibenarkan untuk berangkat ke rumah ibunya.
Terdahulu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berangkat ke Australia sebagai persediaan menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda Indonesia, Satria Dewa: Gatotkaca bakal memasuki pawagam tempatan Julai ini selepas tayangan perdana di negara republik itu Khamis lalu.
Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, Mohd Shahir Sulaiman berkata, filem yang diangkat daripada siri kisah Gatotkaca ini merupakan karya segar dan berbeza terutama dari segi jalan cerita serta lakon layarnya.
“Filem ini menerima sambutan luar biasa di Indonesia dan saya yakin, peminat filem tempatan terutama mereka yang gemarkan filem adiwira serta aksi pasti tidak sabar menonton Satria Dewa Gatotkaca.
“Malah barisan pelakon yang ada antaranya Rizky Nazar dan pelakon Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian menjadikan naskhah Satria Dewa: Gatotkaca ditunggu-tunggu oleh semua.
“Kita rumpun yang sama. Berkongsi akar budaya, adat dan warisan. Kerana itu, cita rasa juga tidak jauh beza,” katanya.
Satria Dewa: Gatotkaca yang diterbitkan Satria Dewa Studio berkisarkan Yuda lakonan Rizky mencari pembunuh bersiri yang telah mengambil nyawa ibunya sendiri, Arimbi (lakonan Sigi Wimala) dengan bantuan rakan-rakannya.
Dalam pencarian tersebut, Yuda mula sedar dirinya mempunyai kuasa luar biasa dan menggunakan kelebihan itu untuk melindungi orang-orang yang tersayang serta mencari dalang pembunuhan bersiri itu.
Tidak hanya di Malaysia, Satria Dewa Gatotkaca juga bakal ditayangkan di Amerika Utara apabila Well Go USA bertanggungjawab mengedarkan filem tersebut di situ.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doris Pfardrescher meluahkan rasa teruja dan gembira dengan kerjasama yang dijalinkan bagi memasarkan filem adiwira itu.
Sementara itu, Naib Presiden (Operasi) Satria Dewa Studio, Mochtar Sarman juga menyambut baik usaha dua syarikat pengedaran tersebut untuk menayangkan Satria Dewa: Gatotkaca.
“Mendapatkan apresiasi dari negara-negara luar sungguh luar biasa. Semoga melalui filem ini, adiwira Indonesia juga boleh ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas penyampai berita dan hos, Saiful Nizam menitipkan doa dan kata-kata semangat buat rakan seperjuangan di The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) yang menerima surat pemberhentian hari ini.
Tulisnya di laman Instagram, rezeki di dunia terlalu luas untuk diterokai dan jangan sesekali mudah mengalah dengan dugaan yang datang.
“Hidup ni tak semuanya indah! Tak semudah yang disangka.
“Kadang2 geloranya terlalu deras utk kita harungi! Kekadang ia setenang air di kali.
“Bangun! Tempuhinya sehabis daya sbb janji Allah itu pasti bg mereka yang berusaha.
“Buat rakan2 ku di Media Prima! Insya’Allah dunia Allah ini terlalu luas. Jangan mudah mengalah & teruskan daya sementara hidup yang masih ada.
“Moga dipermudahkan urusan kalian smua kerana Allah tu sebaik2 perancang,” tulisnya.
Sekadar makluman, seramai 543 pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) terlibat dalam keputusan pemberhentian membabitkan tempoh perkhidmatan berakhir 12 Mac 2020.
Foto : Instagram Saiful Nizam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!