Jodoh Dengan ‘Pucuk Muda’… “Umur Saya 50, Dia Baru 40. Sudah Kertu Macam Mana?,” Tanya Siti Nordiana!

Share

Kalau tidak bertanya soal jodoh terhadap penyanyi Siti Nordiana, memang tidak sah.

Masakan tidak, sejak berpisah dengan bekas suami, Allahyarham Mohd Faizal Yusup lebih 10 tahun lalu, bintang yang mesra disapa Nana ini masih belum temui cinta sejati.

Lalu buat kesekian kalinya, pemenang Artis Top Top MeleTop Wanita ini sekali lagi ditanya mengenai isu sama, tetapi kali ini apakah pendiriannya andai bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda darinya.

“Tak pasti. Tapi nanti umur saya 50, dia baru 40. Kita sudah kertu, macam mana? Tapi itu semua kuasa Dia. Kalau jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda, saya terima sajalah,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia masih fikirkan soal jodoh yang belum sampai, penyanyi ini punya jawapan sendiri.

“Belum lagi fikir. Sebab kalau saya mahu berkahwin untuk kali yang kedua, saya memang mahu ia kekal hingga ke jannah. InsyaAllah. Malah saya juga perlu buat persiapan fizikal dan mental.

“Kalau sudah kahwin, saya memang mahu fokus pada rumah tangga. Sebab kita sudah tahu dan punyai anak kecil bagaimana situasinya. Jadi saya memang kena perbaiki dan persiapkan diri. Orang tua pun tak adalah bising tanya bila mahu kahwin,” kongsinya lagi.

Foto: Instagram Siti Nordiana

Published by
Rafiq Mazlan