Isi Kandungan
TogglePasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai majlis raja sehari mereka.
Perkongsian berita gembira itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram masing-masing, sebentar tadi.
Dalam foto yang dimuat naik, pasangan ini tampil menawan dalam busana sedondon dalam rona putih.
“Alhamdulillah, got married on a blessed Friday #skmlfoundthedate,” tulis ringkas pada kapsyen.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi sorotan warganet apabila masing-masing turut tumpang gembira selain menitipkan ucapan yang indah menerusi ruang komen.
Sebelum ini, desas-desus mengenai pernikahan mereka hangat diperkatakan, dengan laporan media menyebut majlis berlangsung di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak hari ini.
Terdahulu, Syafiq dalam satu temubual di sebuah stesen radio mengakui sudah menakluk hati Mimi Lana dan kini hanya menanti masa yang sesuai untuk meneruskan hubungan mereka.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini