Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.
Perkongsian tersebut dikongsikan penyanyi berusia 48 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, pada Khamis.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis hari bahagianya itu.
“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
Ads
“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.
Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.
“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.
“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Ads
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram, Berita Harian (ihsan Nora Ariffin),
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan beberapa golongan muda yang tidak dapat mengenal pasti tentang tokoh-tokoh penting negara.
Bagaimanapun, mereka ini pula dilihat laju sahaja menjawab dengan betul apabila ditanyakan mengenai selebriti popular dunia.
Video berkenaan nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen.
Antara yang turut sama berkongsi respon terhadap video tersebut termasuklah pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar.
Jelas Nadhir, setiap lapisan masyarakat harus mengetahui tentang sejarah negara agar ia sentiasa menjadi pedoman pada hari ini dan masa hadapan.
“Belajarlah sejarah kamu supaya ia tidak berulang kembali. Ilmu sejarah sangat penting supaya kita dapat elak kesilapan lampau.
“Betul ke kita ni merdeka? Macam masih dijajah je,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Projek: High Council itu menerusi beberapa ciapan di Twitter.
Bagaimanapun, Nadhir menyifatkan ciapannya itu adalah untuk pengingatan buat diri sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan reaksi yang dikongsikan Nadhir, namun, ada juga merasakan remaja-remaja berkenaan berkemungkinan gugup saat dirakam lensa kamera sehingga membuatkan mereka terlupa jawapan untuk soalan berkenaan.
“Walaupun kita ni kpop stans tapi kita kenal lagi tokoh sejarah,tokoh islam dan tokoh ilmuwan lain.
“Ini baru Tunku Abdul Rahman yg mmg familiar itu pun tak kenal. Kalau tanya siapa Ghafar Baba mmg punah lah.
“Saya tak tahu la, adakah ia terjadi kepada saya atau orang lain juga. Kita tahu gambar tu siapa. Sememangnya tahu tapi kadang kala bila orang tanya dekat public dan di hadapan kamera, tetiba jadi blank. Terutama sekali untuk seseorang yang tak biasa dengan kamera.
“Melayu yang lemah adalah melayu yang tak tahu pasal sejarah.
“Kali ni terpaksa setuju dengan Nadhir. Tunku Abdul Rahman tu dari sekolah rendah dah belajar dan kenal. Antara nama yang senang nak ingat. Sedih,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Sehingga video berkenaan telah pun meraih hampir 800,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap terkenal, Altimet telah berkongsi kegembiraan di akaun Instagramnya apabila dia berjaya menyelesaikan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menerusi Instagramya itu, dia telah memuat naik sepotong video Boomerang beserta kaspyen.
“Harini aku berjaya settlekan PTPTN aku, memang lega rasa! Nak bayar macam2 cara ada, siap ada diskaun lagi haaa..
Jom tunaikan tanggungjawab untuk yang generasi muda kita pulak ah guys!,” tulisnya.
Tambahan pula, penyanyi lagu Bunga itu telah membayar secara tunai pinjaman PTPTN berjumlah RM26,000 di cawangan PTPTN Kuala Lumpur.
Serentak dengan itu, netizen turut memuji kesungguhan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad melangsaikan pinjaman tersebut.
Altimet,40, sebelum ini mengikuti pengajian di Universiti Perubatan Antarabangsa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah kepada Altimet dan dapat dijadikan contoh buat generasi muda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengambil keputusan membotakkan kepalanya disebabkan masalah rambut yang dialaminya ketika ini.
Menurut Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin, tindakan tersebut dilakukan kerana rambutnya mengalami keguguran sehingga menampakkan kesan di bahagian atas kepalanya.
“Pengorbanan. Sebenarnya dah lama aku ade masalah rambut. Kalau perasan rambut aku belah atas habis dah.
“Kena lighting memang jelas nampak. Makin hari makin kurang. Cuma di tutupi dengan rambut panjang aku je,” tulisnya.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram.
Lantaran itu, atas nasihat pihak doktor pakar, Rody memaklumkan dirinya bakal menjadi rawatan menanam rambut.
Katanya lagi, dia juga reda dengan perkara tersebut dan berharap agar keadaan rambutnya itu dapat kembali pulih.
“Sampai la aku pergi klinik rambut @drshahhairclinic . Atas nasihat doctor kalau dibiarkan mungkin akan makin teruk. Lebih baik tanam rambut.
“Insyaallah, dengan izin Allah, rambut akan kembali lebat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik perubahan tersebut selain turut mendoakan semoga segala rawatannya itu dapat berjalan dengan lancar.
“Tak lama pun nak panjang balik. Coming soon.
“Semoga dipermudahkan segalanya.
“Botak pun kacak. Power betul.
“Handsome bro. Sekali sekala merasa rambut pendek. Lepas ni panjang balik.
“Rare ni. First time tengok Abang Rody botak,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sepanjang 10 minggu yang lalu, Rody merupakan antara pemuzik yang mengiringi setiap persembahan di program, Gegar Vaganza musim ke-8.
Sekadar informasi, Rody telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang juga merupakan bekas penjaga gol futsal negara Niena Azman pada tanggal 27 April 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Rody Kristal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...