Atikah Suhaime

Bila berbicara soal jodoh dan percintaan, sudah semestinya semua orang mahukan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime ada menitipkan kata-kata ucapan buat rakan karibnya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime turut berkata, biar lambat bertemu jodoh asalkan menemui pasangan yang tepat.

“Jodoh tu biar lambat, yg penting, benar. And you’ve found yourself a perfect husband. Alhamdullilah, congratulations Bestfriend,” tulisnya.


Dalam pada itu, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh bintang kelahiran kota Singapura.

Untuk rekod, Atikah pernah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Awi Rafael pada 22 Mac 2018 bagaimanapun pasangan ini telah memutuskan tali pertunangan pada 14 Mac 2019.

Foto : Instagram Atikah Suhaime