Ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun mendedahkan dirinya sudah bercerai dengan isterinya, Nadira Rubina kira-kira dua tahun lalu.
Menurut Fendy yang juga pemain drum kumpulan berkenaan, dia mahu merahsiakan hal tersebut kerana tidak mahu melibatkan hal peribadi dan kerjaya.
“Assalammualaikum w.b.r… Bak kata lagu khatijah ibrahim, ‘mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan’.
“Apa nak dikata lagi kalau jodoh tak panjang. Diam tak diam sudah 2 tahun aku merahsiakan perpisahan ini dari semua orang. Semuanya telah tertulis.
“Jodohku hanya sampai disini.. walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan, Namun Tuhan sahaja tahu akan isi hati ini dan mengapa ianya terjadi.
“Takdir telah menentukan segala²nya..
Semoga dikau Berbahagia hendaknya dan Semoga ada sinar baru untuk aku dan zafirah nanti. Insyaallah papa ada
selalu untuk kamu.
“Maaf kerana Merahsiakan perkara ini kepada semua atas sebab-sebab tertentu,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada Mei 2014 dan dikurniakan seorang anak Nurazalea Zafirah, 5 tahun.
Foto: Instagram Fendy Drummer