Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya, Marini Ramlan, hari ini.
Difahamkan, Joe atau nama lengkapnya Johan Ishak sudah merisik teman wanitanya Marini atau mesra disapa Nini yang merupakan seorang pelukis profesional.
Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh rakan media, HLive menerusi laman media sosial Instagram.
“Alhamdulilah tahniah kepada @flizzow dan pasangannya, Nini untuk pertunangan mereka.
“Kami di @officialhlive doakan yang terbaik dan semoga semuanya di permudahkan Sumber photo : @misdeeds_,”tulisnya.
Di samping itu, rata-rata peminat menitip kata ucapan tahniah kepada Joe.
Foto/Sumber : Instagram Joe Flizzow, Astro HLive
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sampai Di Rumah Ruhainies Jam 11.30 PM, Isu 3 Pagi JAWI Datang Adalah Tidak Benar,” – Nur Risteena
Kakak kepada Ruhainies yang juga pelakon, Nur Risteena turut memberikan respon berhubung dakwaan khalwat melibatkan adiknya itu bersama rakan artis, Aliff Aziz pada jumaat lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Risteena di ruangan Insta Stories, dia menjelaskan dakwaan yang bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tiba di kediaman Ruhainies pada jam 3 pagi adalah tidak benar.
“Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Risteena menjelaskan dia tampil berkongsi berhubung hal berkaitan untuk memperbetulkan situasi sebenar.
“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” jelanya.
Malah, dia turut memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama Ruhainies pada hari kejadian.
“Ya saya sepatutnya berada di sana sama sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.
“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” tegasnya lagi.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan hangat itu menerusi media sosial masing-masing, pada Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ketahuilah Yang Saya Sentiasa Di Sisi & Selalu Ada Untuk Kamu,” – To’ Puan Syamim Tunjuk Sokongan Moral Buat Bella
Hos dan pelakon, To’ Puan Syamim Mohd Farid menitipkan ucapan buat rakan artis, Bella Astilah yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Menerusi Insta Stories, Syamim turut meminta agar Bella untuk terus kuat dalam menempuhi ujian meskipun ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Sokongan itu dikongsikan Syamim menerusi status terkini yang dimuat naik di Insta Stories.
“We go way back. Bella sayang, semoga terus kuat. It definitely won’t be easy but trust me, it will get better.
“Allah is with you. Please know that I am by your side and that I am here for you, always,” tulisnya.
Terdahulu, Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui, dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.
Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut susulan mempunyai komitmen penggambaran.
“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.
“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Sama-Sama Join Bintang Mencari Bintang, Issey Fazlisham Dedah Cerita Fasal Ain Sufia
Pelakon dan pelawak, Issey Fazlisham berkongsi cerita tentang kisah persahabatannya yang sudah kian lama terjalin sejak mula melanjutkan pengajian tinggi di Universiti bersama Ain Sufia.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Husin menceritakan perkara tersebut bersama para pengikut di laman Instagram.
“Kami bertiga datang dari Fakulti dan Universiti yang sama. @hanafarahinhusni @ainsufiaa
“Hana junior sikit. Alhamdulillah sekarang partner untuk @redbeanproduction.
“Jatuh bangun bersama jugak untuk buat Production. Sekarang alhamdulillah. Masih bernyawa produksi kecik kami,” tulisnya.
Pada masa sama, Issey turut mendedahkan kisah persahabatannya dengan pelakon dan pelawak Ain Sufia sejak dari zaman universiti lagi.
“Ain pulak kawan aku dari diploma. Satu batch. Masuk degree pun satu batch. Masuk Bintang Mencari bintang pun sama sama.
“Memang kawan satu frekuensi la. Dalam industri pun sama sama,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, Iseey dan Ain pernah sama-sama menyertai program realiti hiburan Bintang Mencari Bintang musim pertama sekitar tahun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI