Teka-teki mengenai siapakah pengacara yang bakal Anugerah Bintang Popular BH (ABP) Ke-35 akhirnya terjawab.
Menerusi satu sidang media yang diadakan di The Agam, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pada Selasa, pihak ABPBH mengumumkan pelawak dan penyampai radio, Johan bakal bergandingan bersama pengacara popular, Ain Edruce selaku hos.
Sementara itu, acara karpet merah pula akan dihoskan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan pelakon, Riena Diana.
Lebih mengujakan apabila bekas Menteri Kesihatan yang kini bergelar penyampai radio, Hot FM, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ bakal menjadi salah seorang penyampai trofi pada malam tersebut.
Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling termasuk Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose.
Tidak ketinggalan, pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan primadona filem Melayu, Erra Fazira serta pengarah, penerbit dan pelakon, Erma Fatima dan Janna Nick.
Ads
Turut memeriahkan acara adalah pengacara radio dan televisyen (TV) seperti Fara Fauzana dan AG serta Sherry Alhadad dan Che Puan Sarimah Ibrahim.
Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi dan Baby Shima.
Tidak ketinggalan, Roslan Madun, Haziq Rosebi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Luqman Podolski, Aya Amiruddin dan Norreen serta kumpulan Mergasatwa.
Ads
Menambah debaran malam kemuncak ABPBH 35, majlis pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 turut mengisytiharkan 10 artis yang setakat ini mendahului undian, sekaligus mempunyai harapan untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.
Sepuluh artis terbabit ialah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Selain keputusan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! serta Bintang Paling Popular, malam kemuncak ABPBH 35 juga bakal menyaksikan dua bintang menerima trofi anugerah khas yang dibawakan khusus bagi edisi ke-35 acara anugerah berprestij ini.
Ads
Selain itu, sebagai elemen kejutan, peminat bakal disajikan satu lagi slot persembahan yang masih dirahsiakan.
ABPBH 35 yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni akan dipentaskan di Panggung Seni Utama Negara, Istana Budaya pada 21 Julai ini.
Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di TV3 dan boleh di strim ‘live’ di aplikasi Tonton bermula jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea mengalami jangkitan kuman pada bahagian mata kirinya dua hari lalu gara-gara mengenakan kanta lekap melebihi tempoh kebiasaan.
Kata Scha, beberapa komitmen seninya juga terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang dialami.
Bagaimanapun, bintang drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini menzahirkan rasa syukur selepas keadaan mata kirinya kini beransur pulih.
“Sejujurnya saya memang alami masalah rabun dan lazimnya, saya lebih selesa mengenakan kanta lekap berbading memakai kaca mata.
“Namun ketika mengikuti satu kelas lakonan baru-baru ini, mata kiri saya seakan berdenyut-denyut dan rasa sakit. Bila buka kanta lekap, air mata terus keluar.
“Lalu saya lakukan pemeriksaan dan doktor memberitahu ada jangkitan pada bahagian mata kiri.
“Jelasnya, jika rasa sakit masih lagi berterusan dalam tempoh tiga hari selepas rawatan, saya disarankan untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, semuanya sudah okay dan saya sudah mula bekerja macam biasa,” katanya.
Mengakui kurang memberi perhatian terhadap soal penjagaan mata sebelum ini, pelakon berusia 21 tahun ini mulai peka dan tidak mahu lagi ambil sikap sambil lewa.
“Nasihat saya, kalau tidak ada hal yang penting tidak perlulah mengenakan kanta lekap kalau tidak boleh menjaganya dengan baik.
“Bimbang kerana hal itu mungkin boleh beri kemudaratan kepada si pemakai.
“Paling penting, pastikan anda mengenakannya mengikut masa yang disarankan selain menjaga kebersihan tangan serta kanta lekap sebaiknya,” akhiri Scha.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan reaksinya susulan komen segelintir netizen yang mendakwa dirinya tiada ‘job’, hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam media sosial.
Berbaik sangka dan kekal profesional menerima komen yang sedemikian, penyanyi lagu Dialah Di Hati ini menyifatkan individu yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.
“Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar. Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung,” katanya, petik Berita Harian.
Malah Siti turut percaya komen, seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikirannya.
“Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
“Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pemilik akaun platform X mendakwa ada netizen yang seolah-olah panas hati dan mentertawakan penyanyi tersebut kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live di media sosial.
Anak tiri Siti, Asyraf Khalid juga sebelum ini turut memberikan reaksinya, sekali gus membidas tuduhan tidak berasas tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anita Baharom menjelaskan tidak ada dalil mengatakan berdosa untuk seseorang mendirikan rumah tangga biarpun tidak sampai setahun pasangan meninggal dunia.
Anita, 39, sebaliknya menyifatkan sudah tertulis suratan jodoh menerusi perkahwinan kedua dengan ahli perniagaan, Engku Isyamudin Tuan Losin, 48.
“Tidak ada dosa untuk kami berkahwin awal dan tiada dalil yang melarangnya. Bagi saya, menghalalkan lebih baik daripda tunggu lama-lama.
“Kami lebih tahu diri kami macam mana. Lagipun bukan saya buat keputusan seorang, sebaliknya saya dapatkan juga pandangandaripada keluarga serta orang alim ulama yang lain.
“Mereka semua cakap, cepatkan lebih afdal dan baik,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Anita dan Engku Isyamudin sah disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 11.50 pagi Khamis di Garden Hall, Bizmilla One City, Subang Jaya, Selangor.
Pelakon drama Dunia Baru itu juga mendedahkan dia dilamar suami pada 19 Oktober lalu dan hanya mengambil masa singkat untuk menguruskan hari bahagianya.
“Dia melamar saya pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 19 Oktober lalu. Tanpa berfikir panjang, saya terima dan anak-anak pun memberi respons positif.
“Lebih-lebih anak sulung saya, Syifa sangat supportive dan suruh terima lamaran tersebut,” katanya.
Selain itu, Anita menyifatkan dia perkahwinan bersama Engku Isyamuddin merupakan peluang kedua untuk kembali bergelar seorang isteri.
“Bagi saya, perkahwinan ini merupakan dunia baru dan peluang kedua untuk saya menjadi seorang isteri yang solehah serta terbaik untuk suami.
“Pengalaman lepas sangat indah dan saya percaya Allah beri peluang kedua ini untuk mengindahkan lagi kehidupan.
“Semoga saya menjadi isteri mithali dan saling berpegangan tangan dengan suami untuk ke syurga bersama anak-anak kami,” katanya.
Akuinya, dia dan suami juga tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Jika tanya tentang perancangan anak, kami terima dengan berlapang dada sekiranya dikurniakan rezeki oleh Tuhan,” katanya lagi.
Ini merupakan perkahwinan kedua Anita manakala yang keempat buat Engku Isyamudin.
Terdahulu, suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu.
Perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8 tahun.
Engku Isyamudin mempunyai lapan anak berusia enam hingga 24 tahun hasil tiga perkahwinan terdahulu.