Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Johan As’ari memperkenalkan wanita dalam hidupnya di laman Instagram.
Sekeping foto bersama wanita jelita di sisi dengan kapsyen “Wanita terkenal dengan karakter lembut nya, namun itu bukan sebuah kelemahan” membuatkan netizen terus bermain kata, inikah kekasih hati pelakon Juvana ini.
Tidak berbicara panjang atau memperkenalkan kepada umum, tindakannya itu terus membuatkan netizen berteka-teki.
Malah, sudah ada yang serkap jarang mengatakan wanita di dalam foto yang diambil di persisiran pantai itu bakal isteri Johan.
Apa-apapun, MH ucapkan tahniah untuk Johan As’ari dan pasangan sekiranya telahan ini benar.
Semoga hubungan yang dibina berakhir di jinjang pelamin dan terus ke Jannah.
Foto – Instagram Johan As’ari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Masa Nikah, Mama Baru Meninggal. Jadi Langsungkan Majlis Di Surau,” – Elly Mazlein
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang merancang untuk meninggalkan zaman solo tahun 2020 mengakui dia kini merupakan wanita yang terpaling bahagia kerana sedang diulit cinta lelaki berusia 28 tahun.
Meski belum lagi bersedia untuk mendedahkan siapakah jejaka yang kini bertakhta di hatinya, namun dia mengakui sudah pun bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya pilih tahun hadapan. Jangan tanya lagi nanti saya akan kongsi. Saya sedar meski ramai yang sudah tahu siapakah gerangannya, namun rakan media cukup hormati permintaan saya.
View this post on Instagram2 kesayange kepommmm .. Comey Mak & Anak 😍😍😍 . #MokEtonNyawaPapaAwanNano
A post shared by 💍 ELSefhia 💍 (@iamellymazlein) on
“InsyaAllah saya akan dedahkan wajahnya pada malam berinai nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah majlis nikahnya nanti akan dilakukan secara tertutup atau hanya sebaliknya, penyanyi Bakawali ini ada jawapan sendiri.
Jelas bintang yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini, tiada sebab untuk dia merahsiakan perkahwinan sementelah dia mahu meraikan bersama rakan media dan peminat tersayang.
“Saya anggap ini perkahwinan yang pertama. Kalau boleh saya berhajat untuk lakukan apa yang tak pernah saya rasa sebelum ini, pada perkahwinan yang akan datang, insyaAllah. Dulu masa nikah, Mama baru saja meninggal.
“Jadi kita langsungkan majlis di surau saja. Jadi kalau boleh teringin rasa meriah sikit, kebetulan ini merupakan perkahwinan pertama bakal suami. Jadi ya, saya sangat teruja. Malah anak pun cukup rapat dengannya.
“Keluarga pun sudah saling berkenalan dan kami memang mahu percepatkan segala urusan. Saya sendiri dah lalui macam-macam hal dan rasanya perancangan Allah itu terlalu cantik,” akhiri Kak Lina.
Terdahulu, ibu tunggal ini pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Warisi Bakat Mengacara, Rakan Artis Puji Anak Sulung Sharifah Shahirah – “Cantik Dan Berbakat.”
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan bakat pengacaraan yang dimiliki anak sulung Sharifah Shahirah, 48, iaitu Allisya Tahir.
Berkebolehan mengacara, video yang dimuat naik Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shira itu menunjukkan kebolehan Allisya, 24, mengendalikan sebuah program baru-baru ini.
Menariknya, Allisya turut menggayakan baju lama milik ibunya menerusi rancangan tersebut.
“Suka ek mengacara… Pakai baju mak dia je.
“Mak dia dah tak muat baju-baju ni.
“Dulu selalu jual… nasib kamu dah turun berat badan, kalau tak mak dia jual baju,” tulis Shira di ruangan kapsyen.
Posting yang dikongsikan Shira itu menerima pujian daripada netizen dan rakan artis yang menyifatkan Allisya mempunyai bakat bergelar seorang hos.
“Yeay go Allisya, “ tulis Sherry Alhadad.
“Cantik Shira Junior, pandai mengacara,” tulis pelakon Emylia Rosnaida.
“Cantik dan berbakat,” puji penerbit dan pelakon Sheila Rusly.
Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shira bersama bekas suami, vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt Tahir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foro: Instagram Sharifah Shahirah, Allisya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kes Posting Di Instastory Datin Noor Kartini, Polis Selangor ‘Take Over’ Siasatan
Kes siasatan membabitkan wanita yang juga ibu kepada seorang usahawan dan selebriti popular, Neelofa sudah diambil alih oleh polis Selangor untuk siasatan lanjut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dihubungi mengesahkan perkara itu tadi, memetik Harian Metro.
Menurutnya, kes hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) akan disiasat secara rapi oleh polis Selangor.
Beliau berkata, keterangan wanita terbabit sudah diambil pihak polis sebelum ini.
“Bagaimanapun jika perlu, pihak polis akan memanggilnya semula untuk membantu siasatan,” katanya.
Difahamkan polis Kuala Lumpur sebelum ini sudah memulakan siasatan berhubung satu hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) milik seorang wanita yang juga ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Ia susulan laporan diterima polis berkaitan perkara itu, kira-kira jam 5.44 petang semalam oleh pemilik akaun Instagram berkenaan.
Pihak polis Kuala Lumpur sebelum ini memaklumkan laporan dibuat berhubung paparan di Instagram peribadi milik wanita terbabit yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar.
Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik ibu Neelofa dengan membuat hantaran melalui medium ‘IG Story’.
Susulan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
Sementara itu Noor Kartini dalam kenyataannya selepas membuat laporan polis semalam, mendakwa kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan ia tidak berulang.
“Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar. Ia berlaku atas kecuaian salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.
“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.
“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI