Isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan iaitu Ozlynn Waty percaya suaminya akan bersinar di tempat kerja baharu setelah memulakan tugasan pertamanya pada awal pagi Selasa.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagram miliknya, Ozlynn yakin letaklah suaminya di stesen manapun pasti Johan tahu untuk membawa diri serta memberikan perkhidmatan terbaik dalam profesionnya sebagai penyampai radio.

Johan Mula Tugas Baru , Ozlynn Waty; “Papa Campak Di Mana-Mana Pun Dia Tahu Nak Bawa Diri.” Johan Mula Tugas Baru , Ozlynn Waty; “Papa Campak Di Mana-Mana Pun Dia Tahu Nak Bawa Diri.”

“Jangan lupa dengarkan @hotfm976 hari ini. Nampak papa (Johan) selesa nawwwww yek..

“Papa campak di mana-mana pun dia tahu nak bawa diri,” tulis Ozlynn.

Ads

Ozlynn yang juga merangkap pengurus peribadi kepada Johan itu juga percaya suaminya itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana rumah mereka senantiasa dipenuhi tetamu yang secara tidak langsung menyumbang kepada perkara tersebut.

“Istana (rumah) kita selalu penuh dengan tamu sebab itu murah rezeki sebab tiap tamu yang datang bawa rezeki dan doa untuk kita.

“InsyaAllah ada lagi rezeki untuk mereka (tetamu),” tulis Ozlynn lagi.

Ads

Johan Mula Tugas Baru , Ozlynn Waty; “Papa Campak Di Mana-Mana Pun Dia Tahu Nak Bawa Diri.”

Hari ini merupakan hari pertama gandingan trio baharu pagi Hot FM iaitu Johan, AG dan Fara Fauzana menerusi segmen Bekpes Hot yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Johan sebelum ini pernah berkhidmat di stesen radio Era menerusi gandingan popular JoHaRa bersama Haniff dan Ray selama lebih 10 tahun.

Ads

Legasi JoHaRa kini diteruskan menerusi gandingan baharu, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin menerusi segmen 3 Pagi Era yang sudah pun bersiaran sejak dua minggu lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Jozlynnhanania

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI