Berita

John Cena & Kim Kardashian Antara Yang Terbang Ke Mumbai, Rai Perkahwinan Mewah Anak Billionaire India!

Share

Majlis perkahwinan anak lelaki bongsu terkaya Asia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani bersama wanita pilihannya, Radhika Merchant berlangsung hari ini selepas berbulan perayaan menjelang hari bahagia mereka menjadi sorotan media sosial di seluruh dunia.

Anant Ambani yang terlibat di dalam rangkaian perniagaan legasi keluarga, Reliance Industries memilih anak gadis kepada kepada taikun farmasi, Viren dan Shaila Merchant itu sebagai permaisuri hati.

Terdahulu bersempena dengan perayaan pesta pra-perkahwinan mereka, keluarga hartawan mencuri tumpuan apabila menerbangkan bintang pop Hollywood, Rihanna untuk menghiburkan tetamu jemputan sekali gus menarik perhatian dunia.

Menerusi keraian yang berlangsung selama tiga hari di negeri asal mereka iaitu di Gujarat itu, kira-kira 1,200 tetamu dari seluruh dunia telah hadir bagi meraikan bakal mempelai.

Kali ini, jom sama-sama ikuti beberapa wajah terkenal yang kini berada di Mumbai, India bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin yang diraikan secara serba mewah dan eksklusif itu.

Kim Kardashian 

Khloe Kardashian

John Cena

Priyanka Chopra & Nick Jonas

Aishwarya Rai

Deepika Padukone

Sementara itu, pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan dalam upacara tradisional Hindu di Pusat Konvensyen Dunia Jio, Maharashtra, Mumbai, India.

Sekadar informasi, bapa Anant, Mukesh Ambani, 66, ketika ini berada dalam senarai orang ke-10 terkaya di dunia dengan nilai bersih kekayaannya sebanyak AS$115 bilion, lapor Forbes.

Reliance Industries, yang diasaskan oleh bapanya pada 1966 ialah sebuah konglomerat besar yang beroperasi dalam sektor daripada petroleum dan runcit kepada perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Reuters, News18, Instagram

Published by
MH