Kalau ada yang masih ingat, MH ada memaparkan kisah mengenai kakak kepada Ratu Rock Malaysia, Ella iaitu Jojie Aminuddin dan suami, Syahrizal Ismail telah mengambil seorang anak angkat perempuan, kira-kira dua tahun lalu.
Mengimbas kembali, gembira tersebut pernah dimaklumkan sendiri Syahrizal kepada MH Online yang ingin memperkenalkan anak angkat mereka yang diberi nama, Maryam Syahrizal.
Menurut Syahrizal, Maryam baru sahaja dilahirkan kira-kira 2 minggu ketika diterima dan dia juga turut memohon doa yang baik-baik buat permata hatinya itu.
“Saya ingin memperkenalkan anak saya dan Jojie, Alhamdulillah baru 2 minggu dilahirkan. Doa yang terbaik ya,” ujarnya kepada MH Online.
Syahrizal berkata lagi, Maryam telah hadir dalam keluarganya pada hari Arafah yang lalu bersamaan hari Khamis malam Jumaat.
Ads
“Maryam sampai di rumah kami pada hari Arafah, Khamis malam Jumaat dan hari merdeka serta Hari Raya Haji. Juga kemenangan Malaysia Sukan Sea,” katanya lagi dengan penuh rasa gembira.
Terdahulu, Jojie pernah hamil pada awal tahun 2016, namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila kandungannya gugur ketika berusia 3 bulan.
Semoga dengan kehadiran Maryam dalam hidup Jojie dan suami dapat menambahkan lagi bahagia dalam keluarga mereka.
Kami di MH Online juga turut mendoakan agar Maryam dapat membesar dengan sihat dan dapat menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.
Ads
Terkini, Maryam membesar menjadi seorang anak yang comel.
Penyanyi Wany Hasrita yang selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Al Adib Fahmi berbesar hati kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis hari bahagianya.
Wany pada masa sama akui dia tidak jangka ramai yang hadir dan meminta maaf andai ada yang terkurang.
Perkara itu diluahkan penyanyi yang sinonim dengan lagu Menahan Rindu ini menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Terima kasih pada semua tetamu yang hadir. Jumlah tetamu agak luar biasa, dan saya sendiri tak sangka ramai yang hadir meraikan hari kami. Wany nak minta maaf andai ada yang terkurang, tak terlayan ya.
“Kenduri yang ni sangat last minit sebenarnya, dan wany memang buat ala-ala open house. Simple tapi masihhh bersiap,” kongsinya.
Wany dan suamu diraikan oleh kenalan, media dan peminat-peminatnya dalam majlis kesyukuran yang diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Bukit Mahkota Cheras, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Selain itu, Wany juga sempat memberikan kredit kepada semua pihak yang memastikan majlis anjuran berjalan lancar.
“Thank youuuu so much kak @ejashahril. Wany mesej Kak Eja agak last minit juga, alhamdulillah boleh selit slot.
“Thank you juga pada @leanorweddings x @karyaimpi setup dewan dalam masa 2 jam je. Tak lupa pada @forestvalleyhall, thank you so much.
“Ayah sebenarnya request buat area Cheras sahaja sebab ramai kawan di sini. Nasib baik @forestvalleyhall free juga malam 24 tu. Thank youuu again,” tulisnya lagi.
Pada Jumaat lalu, Wany selamat bergelar isteri Al-Adib dengan dua kali lafaz akad nikah.
Pasangan sejoli ini diijabkabulkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi di Instagram mengenai daripada sebuah artikel mengenai isu pernikahannya, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan menegaskan apa yang diperkatakan itu adalah berita palsu.
“Ini adalah berita palsu!
“Story yang telah dimuat naik pada instagram saya semalam adalah bukan dari saya. Instagram saya telah dihacked oleh ‘seseorang’. Cukuplah menabur fitnah pada saya.
“Saya mohon @mstaronlineofficial perbetulkan kenyataan tersebut. Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua. Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.
“Jangan cemarkan bulan yang mulia ini. Saya doakan ‘seseorang’ itu diberi petunjuk,” maklumnya.
Memetik laporan berkenaan, pasangan ini didakwa telah selamat bernikah di Thailand apabila penceramah bebas itu mengesahkannya di Insta Stories miliknya.
“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 mei lepas. Terima kasih yang menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal.
“Berhenti mengecam saya seolah2 hanya saya yang melakukannya. Sila jaga tepi kain masing2. Terima kasih,” kongsinya lagi.
Insta Stories ini bagaimanapun telah dipadam beberapa minit kemudian.
Kontroversi rumah tangga penceramah bebas ini mula mendapat perhatian apabila bekas isteri, Ain Afini membuat pendedahan telah berpisah ketika sarat mengandung tujuh bulan.
Foto : Instagram PU Abu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa tak kenal akan penyanyi bersuara gemersik lemak merdu yang mendapat jolokan ‘Penyanyi nombor satu negara’, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang sudah berkecimpung dalam industri seni suara tanah air sejak tahun 1996 hingga sudah mempunyai syarikat rakaman miliknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP).
Menurut suri hati kepada usahawan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tahun 2024 merupakan tahun yang amat sibuk apabila dirinya rancak mengadakan empat lagi siri konsert solo selepas sukses menerusi konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’, Mac lalu.
Rancak Adakan Konsert Bukan Petanda Siti Mahu ‘Undur Diri’ Dari Dunia Seni
Menurut Siti, penganjuran empat konsert berskala mega yang berlangsung di Singapura dan Genting Highland itu bukanlah penanda aras mahupun kayu ukur bahawa dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian dalam masa terdekat seperti didakwa segelintir pihak.
“Dalam hidup saya ini, saya menyanyi kerana bakat yang Allah berikan. Saya pun tahu bila sampai waktunya nanti, saya tidak akan berada di atas pentas selamanya.
“Saya juga ada matlamat dan perancangan yang ingin dilakukan di hari tua nanti.
“Namun, segala yang saya miliki ini merupakan kurniaan Allah. Jadi, saya belum mampu untuk beritahu bilakah umur dan masanya untuk saya akan berhenti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kepuasan yang masih ingin dicari sebagai seorang anak seni, penyanyi lagu Cindai ini memaklumkan dirinya sentiasa dahagakan ilmu baharu demi meningkatkan kualitinya sebagai seorang penghibur.
“Dalam hidup ini, tak kisah sama ada bergelar penyanyi atau pekerjaan lain, selagi kita melihat ada banyak peluang di hadapan kita, kita akan sentiasa menjadi orang yang ingin belajar lagi.
“Ada orang pernah bertanya sama ada saya suka buat persembahan biasa atau konsert? Pada saya, persembahan biasa ini memang mudah. Nyanyi beberapa buah lagu kemudian, selesai dan tak perlu berlatih berbulan-bulan.
“Tapi saya lebih suka buat konsert. Di situ, saya akan menguji kekuatan fizikal dan mental. Malah, saya akan menjadi orang yang lebih kreatif dan sentiasa mencari idea-idea baharu,” ujarnya lagi.
Peminat Tak Pernah Bosan, Malah Dahagakan ‘Performance’ Siti Nurhaliza
Pada masa sama, Siti tetap percaya usaha mencari pembaharuan dalam setiap karya membuatkan tidak jemu untuk menonton persembahannya walaupun menyanyikan lagu-lagu yang sama.
“Kalau ditanya kepada peminat sama ada mereka sudah bosan dengan persembahan saya, jawapannya pasti tidak. Mereka sentiasa nak tonton persembahan saya
“Walaupun saya menyanyikan lagu yang sama, saya akan berikan sentuhan baharu. Saya suka mencari pembaharuan dan hal itu yang membuatkan saya seronok,” akhirinya.
Terdahulu, pada tahun ini, Siti telah mengadakan beberapa siri konsert berskala mega antaranya di Kuala Lumpur, Singapura dan Genting Highland.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.