Jom Masak Kuih! “Saya Tak Pro, Ni Kali Pertama Cuba,” – Kongsi Resepi Kuih Bingka Ubi, Ramai Kagum Dengan Farah Nabilah!

Share

Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri, pelakon jelita Farah Nabilah semakin bergemar video masakan di akaun Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Farah telah berkongsi resepi menu kuih Bingka Ubi yang sangat mudah untuk disediakan.

Kongsi bintang drama bersiri Titian Cinta ini merupakan kali pertama dirinya mencuba pemanis mulut kuih Bingka Ubi di samping berkongsi resepi kuih tersebut.

“Bingka Ubi (I’m no pro , ni first time test)
4 cawan ubi kayu yang dah diparut
2 cawan santan kelapa pekat
1 cawan gula pasir
1/2 sudu garam
Pewarna kuning

“Cara -cara
Panaskan oven 200 Celsius
1. Parut ubi kayu (dalam 3 batang dapat 4 cawan, Jangan tapis)
2. Campur ubi kayu yang dah diparut dengan santan, gula, garam pewarna kuning
3. Letak dalam loyang 7×7 ( saya takda )
4. Bakar selama 1 1/2 jam
5. Potong selepas betul betul sejuk. #feastwithfawaa,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat berasa kagum apabila melihat kebolehan Farah memasak kuih tradisional masyarakat Melayu.

Sekadar informasi, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin telah sah bergelar isteri kepada Amirul Yunus pada 20 Disember lalu.

Video: Instagram Farah Nabilah