“Jom Penuhkan Masjid Dan Surau Kita,” – Solat Jumaat ‘New Norm’, Aliff Satar Terharu Dalam Syukur

Share

Artis versatil, Alif Satar meluahkan rasa teruja apabila dapat solat jumaat di masjid selepas beberapa bulan tidak melakukan ibadah tersebut.

Dalam masa sama, penyanyi lagu I Want You To Love Me itu menyarankan agar datang awal ke masjid untuk mendapatkan saf (barisan) hadapan.

ALHAMDULILLAH.. solat jumaat ‘new norm’ pertama, Alif. Jom ramai-ramai penuhkan masjid dan surau kita.

“Feels great to come back home. p/s Datang awal, kalau dulu pukul 12 boleh saf pertama, sekarang kalau datamg timing sama dapat saf ke-7.

“Bawa sejadah!,” kongsinya menerusi satu hantaran di IG, minggu lalu.

Menurutnya lagi, meski datang seawal jam 12, namun dia masih mendapat saf belakang.

Bagaimanapun,dia berhasrat untuk datang awal pada minggu depan untuk mendapatkan saf hadapan.

Terdahulu, hampir tiga bulan masjid dan suarau ditutup akibat pandemik wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Masjid dan surau kembali dibuka yang membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu.

Mengikut SOP yang disediakan, jemaah juga perlu memakai pelitup muka, selain mengambil wuduk serta tidak bersalaman atau bersentuhan sepanjang berada di masjid dan surau.

Foto : Instagram Alif Satar

Published by
Amynur Akmal