Alif Satar merupakan antara selebriti paling versatil di Malaysia ketika ini. Selain aktif dalam dunia nyanyian dan pengacaraan, Alif juga mempunyai bakat besar dalam dunia lakonan.
Antara drama yang menaikkan nama Alif adalah Dia Semanis Honey yang ditayangkan pada 2016.
Drama ini mengisahkan mengenai watak Ahnaf yang terpaksa taat dengan permintaan orang tuanya untuk bertunang dengan Hani lakonan Siti Nordiana.
Pelbagai konflik telah tercetus sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta diantara Ahnaf dan Hani.
Daripada benci menjadi suka, kisah romantis diantara Hani dan Ahnaf ini membuatkan karya arahan Hadith Omar ini sebagai drama paling popular tahun itu.
Bayangkan Alif pernah menjadi manusia paling dibenci di Malaysia hanya disebabkan babak membatalkan pernikahan bersama Hani.
Malah, drama ini juga secara tidak langsung telah menaikkan nama Alif sehingga meraih dua juta pengikut di Instagram.
Menerusi drama ini, anda dapat melihat keserasian lakonan diantara Alif dan Nana ketika melakonkan babak romantis. Pada masa sama, watak Ahnaf ini juga memaparkan sisi charming seorang Alif Satar yang membuat para penonton cair.
Plot drama ini juga tidak klise sehingga membuatkan kita ternanti-nanti episod seterusnya.
Sebuah lagi drama lakonan Alif yang masih diingati sehingga hari ini adalah Memori Pajeri Nanas yang dilakonkan bersama Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.
Drama ini mengisahkan mengenai watak Chef Armand (Alif) yang juga merupakan antara cef terkemuka negara yang kehilangan sentuhan masakan.
Hal ini ternyata mengganggu Armand sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Kayla (Tiz Zaqyah).
Ditambah pula kedua-dua mereka sibuk menguruskan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa bersama. Akibat dahagakan perhatian, pelbagai konflik telah tercetus sehingga kehadiran orang ketiga.
Armand sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan dan pendekatannya adalah menerusi masakan-masakan tradisional yang dihidangkan buat Kayla ketika berbuka puasa.
Effort Armand tu memang A plus. Korang kena tengok. Memang akan tersenyum sendiri. Drama-drama ini boleh ditonton menerusi platfrom On Demand dan Astro Go.
Sementara itu, dengan profil yang bersih dan bebas kontroversi, tidak hairanlah mengapa Alif dipilih sebagai duta saluran Astro Oasis.
Alif akui bertuah kerana dapat terlibat di dalam program-program keagamaan seperti Tazkirah Malam Jumaat, Geng Ngaji dan Alif Tanya Mufti.
Bagi Alif, peluang bertemu dengan para agamawan membuka ruang buat dirinya menimba ilmu baharu untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri bersama Sang Pencipta.
Meskipun sibuk dengan jadual kerja, penyanyi lagu Cukup Indah ini juga akan tetap membahagikan masanya untuk bersama keluarga.
Ketika mononton tv bersama keluarga, program yang menjadi pilihan Alif seisi keluarga antaranya adalah “Anthony Bourdain: No Reservations” dan “Jamie Oliver: Cooking for Less”. Dua program ini berkisarkan tentang masakan dan sesuai untuk tontonan satu keluarga.
Malah, Alif dan isteri turut mendapat ilham untuk mendekorasi rumah mereka selepas menonton program-program di saluran Home & Garden TV. Dari program ini, Alif dan isteri mula mendapat idea untuk mendekorasi rumah mereka.
Ditanya mengenai idolanya dalam bidang lakonan, Alif berkata dia amat meminati Datuk Rosyam Nor selepas menonton filem Suami, Isteri &..?.
Katanya lagi, dia amat mengagumi Rosyam kerana sehingga kini masih menjadi pilihan pengarah menerusi drama seperti Jack Yusof dan X-Change.
Terdahulu, jika anda ingin menonton drama atau program tv yang dicadangkan oleh Alif itu, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go, bila – bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Bukan setakat itu, korang juga boleh mengimbau nostalgia dengan menonton program-program terbaik yang pernah disiarkan di platform Astro. Jom usha sekarang.
Saksikan video penuh temu bual Alif Satar ini di saluran Youtube Astro Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI