Joy Refva Mahu Jual ‘Preloved’ Stroller Yang Dibeli Pada Harga RM6,800, Sama Macam Kourtney Kardashian Pakai!

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa semalam ada berkongsi stroller lama yang mahu dijual kerana ia sudah lama tidak digunakan.

Malah tulisnya lagi di Instagram, stroller yang mahu dijual itu dibelinya buat permata hati gara-gara melihat bintang Hollywood, Kourtney Kardashian turut mengenakan stroller sama tidak lama dulu.

“Agak-agak ada peminat stroller MIMA Xari #mimaxari tak kat Malaysia ni..? Joy beli stroller ni kat Pavillion KL (yg baru) sbb tgk si Kourtney Kardashian lah pakai.

“Last-last, hakak yg keshian sbb arryan dh besar, simpan je stroller ni dlm store kt rumah… Nak tunggu adik arryan nanti tak tahu la bila nak keluar dari perut ni.. Doakan cepat2 la future hubby buat joy mengandung yer,” seloroh Joy.

Lalu, Joy berhasrat untuk menjualnya dengan tawaran terbaik selepas membelinya pada harga RM6800 lebih lima tahun lalu.

“Joy ingat nk jual Preloved #MimaXari White Colour ni.. agak2 ada mommy2 peminat MIMA collection tak? Joy beli dulu harga dlm RM 6800 (tahun 2014) Boleh open / bit harga preloved brp nk beli dari joy k.. DM je,” tulisnya lagi.

Terdahulu, penggunakan stroller mewah buat anak-anak di kalangan usahawan dan selebriti menjadi perhatian peminat apabila diketahui, ada stroller yang dikenakan mereka bukanlah calang-calang harganya.

Foto: Instagram Joy Revfa

Published by
MH