Uncategorized

Joy Revfa Akui Pernah Mengadakan Hubungan Intim Dengan Hafiz Hamidun

Share

Masih segar lagi kontroversi yang melibatkan pasangan suami isteri, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

Rumah tangga pasangan ini telah menghadapi beberapa masalah apabila penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz meragui pernikahan bersama isterinya.

Semalam menerusi ruang statu di akaun Facebook milik Joy, dia telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT apabila mahkamah telah mengesahkan bahawa dia dan bekas suami telah sah bercerai sejak dua tahun yang lalu.

Perkara ini juga secara tidak langsung telah membuktikan bahawa perkahwinan di antara Joy dan Hafiz adalah sah.

“Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia. Tidak seperti apa yg individu bernama “suami” itu memutar cerita dgn fakta2 yg seolah2 memusuhi & meyalahkan saya. Sedangkan sebelum nikah lg individu tersebut tahu yg saya belum daftar lg cerai dgn bekas suami di Malaysia malah dia sendiri ingin mempercepatkan nikah pd 1 mei yg lalu. Sebagai seorang suami sepatutnya kena mempertahankan wanita sebagai seorang isteri setelah tahu nikah/cerai sebelum ini tidak didaftarkan di Malaysia , bawa berbincang dan bukannya menjauhkan diri & tidak sepatutnya memberitahu isu rahsia ini & menfitnah isteri pd media namun semua nya telah tersebar melalui blog & media atas kepentingan diri. Since dia menceritakan “isu dlm kain” pd media yg dia tidak pernah ‘menyentuh/instimta” bersama saya, dgn nama Allah swt.. saya berani menyatakan disini itu adalah bohong & tidak benar sama sekali, krn kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak dpt ceritakan demi menjaga aib dia.

 

“Jika ada yg mengatakan saya yg perbesarkan isu ini dr awal itu tidak benar & fitnah, fikir secara logik.. jika anda ditempat saya, serapat2nya saya ingin simpan rahsia ttg isu ini & selesaikan diam2 namun individu tersebut sengaja cari alasan utk berpisah & mengaibkan saya. Mungkin, ada sebab Allah swt memilih saya melalui semua ini kerana Allah swt tahu saya mampu. Lebih tepat seperti Ustazah yg rapat dgn saya katakan, katanya dia “bertemu buku dgn ruas”.. Namun jauh disudut hati saya dugaan ini perit & menghancurkan hati saya namun saya percaya perancangan Allah swt lebih indah.

 

“Tapi tak mengapa lah, saya pun tak mahu menyalahkan sesiapa & berdendam tetapi saya sebagai public figure/usahawan yg dikenali ramai ingin membersihkan nama yg mana telah mencemarkan nama baik saya sehingga ada yg mengatakan saya penipu & pelacur & anak saya anak haram krn nikah dgn dia dlm tempoh iddah sedangkan itu tidak benar. Namun saya yakin, segala yg berlaku byk hikmah & ganjaran yg Allah swt perlihatkan pd saya sedikit demi sedikit yg saya dlm keadaan teraniaya. Dan jika org tanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH, 1000x saya akan katakan TIDAK krn bagi saya dia tak layak jadi seorang suami kpd saya & keturunan/anak2 saya nanti.  ?

 

“Apa2 pun saya bersyukur pd Allah swt krn isu pernikahan tidak didaftarkan di Malaysia ini membuka ramai mata wanita utk lebih celik ilmu syariah & tidak patut di abaikan terus tanpa tali. Kerana di Malaysia kita ada pihak JAIS & Mahkamah Syariah yg membela nasib kita sebagai seorang wanita. Bersyukur juga krn isu ini, nikah & cerai bsama bekas suami yg lalu telah didaftarkan dgn sahnya di Malaysia dan saya akan selesaikan pula dgn individu (suami terkini) secara baik & tidak bermusuh.

 

“Terima kasih berkat doa ibu saya Safiah Abbas , kakak Dyana Sofia , adik Zharif Sofia , bekas suami sy iaitu Ray, keluarga2 besar yg lain, partner Radz Mohd , staff2 & seluruh keluarga MERVE, sahabat2 Heliza Helmi, UNIC, ustaz2 & ustazah2 yg lain & kawan2 di media yg menyokong padu & memberi sokongan jiwa. Terima kasih juga kpd team peguam peribadi saya Tuan Mohd Hafiz Roslan (nama hafiz jugak?) dan team kerana jd perisai saya sepanjang kes daftar nikah & cerai ini. Tuan Mohd sgt baik hati & berkomitmen sepanjang bertugas. Saya bkerja dgn beliau pun tak stress sbb selalu buat lawak.. ? Syukur sgt. Sebelum ini saya berserah & pasrah dgn ketentuan Allah swt ternyata kebenaran di pihak saya.. ? Terima kasih..! saya doakan anda juga lebih berhati2 dan pilihlah lelaki yg berani perjuangkan diri kita & keluarga dan bukannya menjauhi kita & menunding jari. Air mata saya selama ini terbayar oleh keputusan tuan hakim tadi.. ? Allahuakbar… Allah maha besar & maha mengetahui niat suci dr awal saya sebelum bernikah pd 1 Mei yg lalu. Semoga dia “suami” dapat jawab dgn Allah swt diakhirat kelak apa yg telah diperlakukan pd saya didunia ini.

 

“Hari ini 10.10.17 sebenarnya tarikh hari meninggalnya arwah ayanda saya iaitu arwah Mohd Amin bin Awang pda 10.10.2009 yg lalu. Saya semakin sebak krn tarikh yg sama saya dpt berita baik ini sama dgn tarikh arwah ayah meninggal dunia.. ? Semoga arwah ayah saya tenang di syurga. Al fatihah..,” panjang lebar luahan hati Joy.

Semoga segala yang berlaku antara Joy dan Hafiz dapat disudahkan dengan baik dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber: Facebook Joy Revfa

Published by
Izzati Ramli