Uncategorized

Joy Revfa Setuju Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa menerima dengan hati terbuka surat permohonan cerai daripada suaminya, Hafiz Hamidun.

“Jujurnya, saya tak mahu lagi meneruskan pernikahan ini.

 

“Jadi, saya sangat berlapang hati dan setuju untuk meneruskan penceraian ini,” katanya dalam satu sidang media khas, hari ini.

Bahkan, kata Joy, Hafiz bukanlah seorang lelaki yang baik mahupun bertanggungjawab.

“Dia gagal melindungi saya sebagai isteri. Bagi saya, dia tidak layak menjadi suami. Dia juga gagal memberi nafkah batin.

 

“Saya tak berniat nak membuka aib namun sebelum ini memang wujud instimta’ (hubungan suami isteri) di antara kami,” katanya.

Hadir sama, dua peguamnya iaitu Nur Hafiz Roslan dan Aznor Suhaida Dollah.

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mendakwa tidak mengetahui tindakan Hafiz yang membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari.

Malah, wanita berusia 3O tahun ini baru sahaja menerima penyata saman daripada peguamnya.

“Saya tak tahu pasal ini (permohonan cerai). Saya cuma tahu apabila dimaklumkan media.

 

“Kenapa dia memfailkan perceraian? Itu bermakna dia mengakulah saya ini isteri dia sedangkan kami masih lagi menunggu keputusan kes faraq,” katanya.

Ketika ditanya kenapa memilih media sosial untuk saling berbalas kenyataan, Joy bertegas sudah berusaha untuk duduk bersemuka dengan Hafiz, sejak Mei lalu.

“Saya dah usaha untuk berdamai, tapi dia yang mengelak.

 

“Saya juga dah banyak kali contact dia untuk menyelesaikan masalah kami.

 

“Namun, saya kesal apabila dia enggan bersemuka, malah, tidak dilayan,” katanya.

Dalam pada itu, Joy akan mengambil tindakan saman terhadap beberapa blog yang menyiarkan berita membabitkan permohonan cerai taklik yang dilakukannya, pada Julai lalu.

“Setahu saya, hanya tiga pihak saja tahu mengenai permohonan itu.

 

“Blog berkenaan menyebabkan netizen terus mencaci saya dengan mengatakan saya pelacur manakala anak kandung pula haram,” katanya.

Teks oleh: Ayu Zainal

Published by
Izzati Ramli