Jualan Kosmetik Mencanak Naik, Wawa Zainal Beri Ganjaran Buat Team, Bercuti Di Langkawi!

Share

Lebih selesa untuk berkongsi rezeki bersama para pekerja yang setia memberikan komitmen terbaik, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel memberikan ganjaran kepada mereka.

Memilih destinasi Tasik Dayang Bunting, Langkawi sebagai percutian bersama, Wawa gembira kerana dapat melakukan aktiviti bersama-sama.

“Bawa staff jenjalan ke Langkawi. So this is our 2nd time pegi langkawi. Sbnr nya dtg sbb nak main jetski je, hobby baru @aeril_zafrel.

“Ok berbalik cerita staff, actually wawa tak ramai staff…Kalau Dlu nak ambil staff tu mcm xpayah la. I bole buat semua benda! Nak jimat punya pasal.

“Tapi sebenar nya la kan the more staff u have, lagi byk sale yg u bole buat.

“Ye la kepala kita ni 1 je . Tangan ada dua je. Nak buat semua benda mmg tak Dan.! Sebab tu sy ingatkan dekat leader2 @wawacosmeticshq utk at least ada sorang staff . So u bole buat benda lain.

“Boleh fikir mcm mana nak tingkat kan sale.. jgn rasa kita bole buat semua benda. Salah tu. Kita kan manusia ada kelebihan masing2.. mungkin c Polan pandai bab ni. Si polan pulak pandai bab tu. Jadi kalau bergabung.. kompom la meletop.. hihi.

“So yg berniaga online tu jgn takut utk ambil staff . Mula kan dgn sorang staff je dlu. InsyaAllah u akan lagi byk masa fikir marketing etc. & lain2,” tulisnya.

Sudah tiga tahun menceburi bidang perniagaan, pasangan suami isteri popular itu sebelum ini mengumumkan dua ketua stokis telah mencapai jualan mencecah RM1 juta dan RM2 juta menerusi edisi kosmetik sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat pada awal bulan lalu semasa majlis pelancaran produk kosmetik edisi terhad berkenaan.

Foto : Instagram Wawa Zainal

Published by
MH