Pelakon dan pelawak, Vicha Barbie memaklumkan dirinya telah pun selamat menjalani pembedahan bariatrik buat kali yang kedua selepas tujuh tahun.
Menurut Vicha, pada awalnya dia agak bimbang untuk menjalani prosedur ini namun demi kesihatannya, dia bersetuju atas nasihat doktor.
“Alhamdulillah selesai sudah saya buat operasi bariatrik dengan Dr. Gafoor. Setelah fikir panjang apa lagi ini kali kedua saya buat. Yang pertama saya buat tujuh tahun lepas.
Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan memohon jasa baik semua pihak untuk memanjatkan doa buat neneknya yang kini sedang tenat di hospital.
Menurut Serina yang juga merupakan anak kepada kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, neneknya itu kini perlu dipantau dengan lebih rapi selepas penyakit kansernya dilaporkan semakin merebak.
“Assalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital. Kanser tahap empat dah merebak.
“Moga Allah mudahkan urusan dan perjalanan nenek ku,” kongsinya di Instagram.
Pada masa sama, Serina turut berharap agar dia sekeluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
“Beri kekuatan buat papa @_chefwan58 dan seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan.
“We love you so much Nenek. Moga Allah ampunkan dosa dosa nenek dan terima segala amalan ibadah nenek. Insan yang cukup kuat semangat dan sentiasa ceria.
“Moga di angkat segala kesakitan dan diberi ketenangan. Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Chef Wan memaklumkan dirinya sangat takut untuk melelapkan mata pada waktu malam kerana bimbang ibunya akan pergi ketika dia tidur.
“Sepanjang malam saya tak dapat tidur kerana mahu sentiasa memantau situasi ibu lebih-lebih lagi selepas pernafasannya agak perlahan sejak semalam.
“Saya sangat takut untuk tidur jikalau dia pergi meninggalkan saya dalam senyap ketika dia tidur. Ketakutan itu sentiasa ada.
“Bila saya sedih, saya bercakap dengan ibu atau bacakan surah Yassin. Paling tidak, saya akan pasang video bacaan surah di sebelah telinganya agar dia tenang. Alhamdulillah dia sangat tenang,” katanya.
Tambah Chef Wan lagi, ibunya itu juga boleh koma pada bila-bila masa disebabkan keadaannya yang semakin lemah.
“Doktor yang merawat ibu ada singgah sebenar tadi untuk berjumpa saya selepas keputusan darah keluar. Katanya, dengan keadaan ibu sekarang ini, dia boleh koma pada bila-bila masa. Masa untuknya sangat suntuk.
“Mereka akan letakkan beberapa alatan keperluan untuk memantau paras nadi dan oksigen. Sekiranya diberikan kebenaran, saya tidak mahu ibu ditempatkan di ICU. Saya mahu dia di sini dengan tenang. Bila sampai waktunya, kita akan tahu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Serina Redzuawan & Chef Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon veteran, Khatijah Tan menjelaskan dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik pelakon baharu di lokasi penggambaran bagi mencipta keserasian dalam menjayakan sesebuah projek drama atau pun filem.
Menurut Khadijah, sepanjang hampir empat dekad berada dalam dunia seni, dia juga merasakan tidak ada membuli mana-mana pendatang baharu, sebaliknya sentiasa mencari inisiatif untuk saling mengenali antara satu sama lain.
“Saya banyak bekerja dengan pelakon baharu, tapi saya tidak pernah membuli mereka sebab pekerjaan ini adalah ikatan kasih sayang dan saya selalu menjadi ibu mereka.
“Anak-anak muda ni sebenarnya bukan manja, tapi mereka boleh rasa kalau mereka selesa atau tidak dengan seseorang. Kalau mereka rasa tak selesa, mereka cenderung untuk menjauhkan diri.
“Sebab itulah kadang-kadang orang yang lebih senior salah faham dan anggap mereka sombong, sedangkan bukan itu sebabnya. Saya sendiri pernah bertemu dengan beberapa artis muda yang pada mulanya takut nak mendekati saya.
“Apabila saya tanya kenapa, barulah mereka berkongsi pengalaman buruk yang pernah mereka alami, seperti dimarahi sebab tak berjaya memberikan persembahan terbaik. Itu buat mereka lebih berhati-hati,” katanya.
Penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 menerusi filem Embun itu berkata demikian ketika ditemui sejurus Malam Gala Tayangan Filem Jangan Pandang Belakang 2 di The Starling, pada Selasa.
Khatijah bagaimanapun menegaskan apa yang dikongsikan bukanlah untuk menyebelahi mana-mana pihak tetapi sebagai pandangan peribadinya.
“Keserasian antara pelakon sangat penting. Kadang-kadang, cara orang lama nampak macam membuli, tapi sebenarnya tidak begitu. Saya sendiri pernah diajar oleh cikgu-cikgu hebat seperti Ahmad Yatim.
“Cara mereka kelihatan tegas dan keras, tapi akhirnya saya faham, itu adalah pendekatan untuk membantu mengeluarkan potensi sebenar dalam lakonan.
“Teknik lakonan ini sebenarnya sangat luas. Ada yang memilih pendekatan lembut seperti saya, supaya pelakon lain rasa lebih selesa.
“Tapi ada juga yang kasar, bukan kerana mereka tidak suka, tapi itulah cara mereka menunjukkan kasih sayang dan mencipta hubungan yang lebih erat,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Khatijah tampil bersuara dengan sikap segelintir pelakon sekarang yang lebih gemar membuat hal sendiri berbanding berbincang untuk menjayakan sesuatu babak itu dengan lebih berkesan.
“Saya tak faham konsep sekarang. Dulu, kita akan duduk satu meja, berehat dan berbual bersama-sama. Tapi sekarang, suasana itu dah berubah.
“Ada yang memilih untuk duduk sendirian dalam kereta dan hanya keluar bila tiba masa untuk penggambaran. Saya tertanya-tanya, di mana kemesraan yang sepatutnya wujud?
“Jadi , bila saya fikir semula, teguran pelakon senior itu adalah untuk kebaikan bersama. Mereka nak rapatkan hubungan supaya setiap babak itu berjaya dihasilkan dengan baik, cuma pelakon baharu jangan salah tafsir,” katanya.
Terdahulu, timbul isu mengenai dakwaan wujudnya budaya buli dalam kalangan pelakon dan warga kerjaya produksi di antara pelakon senior dan pendatang baharu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon, Mawar Rashid mengumumkan dirinya telah mengenakan hijab sepenuhnya pada Jumaat lalu dan ternyata, perubahan baik itu mendapat pujian peminat.
Terbaru, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri ada membuat pendedahan jujur di Instagram.
Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, terdapat beberapa sebab yang membuat dirinya mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Awal Muharram lalu.
Jelas Mawar, dia berasa bimbang jika tidak mendapat kerehdaan daripada Yang Maha Kuasa serta takut jika suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob harus menanggung segala dosanya jika tidak memakai hijab dengan sempurna.
“Salah satu sebab Mawar berhijrah…Sebab Mawar takut….Takut X dapat keredhaan dari Allah S.W.T & Rasulullah..
“Takut dgn balasan yg Mawar akan dapat..Takut akan jd punca berjauhan ngan Allah S.W.T.
“Takut suami Mawar kene tanggung dosa Mawar..Takut x menjadi contoh yang baik kepada followers Mawar..
“Takut nanti org terikut2 benda yg x betul yg Mawar buat Doakan Mawar jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah, doakan Mawar untuk istiqomah juga,” akur Mawar.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan.
“Terima kasih semua yang mendoakan Mawar.. ramai sgt yang DM Mawar, Whatsapp personal Mawar.
“Terharu sangat2 bila you all semua doakan kat Mawar ..ada yg ckp thank you sbb bg inspirasi… lagi lah Mawar terharu.. siapalah Mawar.
“Mawar pun hamba Allah yg bnyk sangatt kekurangan dan baru nak menutup aurat.. Thank you all.
“Mawar pun doakan kepada you all semua.. Semoga dipermudahkan segalanya & semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Aamiin ya rabbal’alamiin @mawarosehq Makeup by @sabrinalexandr,” tulisnya.
Nama Maxime Bouttier mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak di Malaysia, namun pelakon kacukan Perancis–Indonesia ini kini menjadi tumpuan selepas selamat mendirikan rumah tangga...