Pelakon Fify Azmi berkongsi pengalaman cemas selepas terkandas di Pulau Perhentian, Terengganu akibat ribut dan hujan lebat, baru-baru ini.

Menurut Fify, operasi menyelamat kesemua mangsa yang terkandas di pulau bekenaan tidak dapat dilaksanakan, ekoran situasi hujan ribut yang berlaku.

“Saya sepatutnya balik dua hari sebelumnya tetapi disebabkan keadaan yang berlaku, kami semua tidak dibenarkan untuk balik.

“Malah, semua bot kecil dan besar tidak dapat nak masuk ke kawasan Pulau Perhentian jadi memang kami semua tak boleh nak balik.

“Waktu operasi menyelamat, tiada satu bot pun yang boleh masuk tapi kami semua berada di satu kawasan yang selamat,”katanya.

“Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman “Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman

Ads

Dedah Fify atau nama sebenarnya, Nor Afiqah Mohamed Azmi lagi, situasi tersebut mula berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Jeti Besut ke Pulau Perhentian.

“Sebenarnya, saya pergi ke sini sebab atas ada urusan kerja pelancongan. Mula-mula, masa nak pergi tu memang orang dari pihak sini cakap boleh datang.

“Jadi saya pun pergi, cuma bila dah sampai sana tu tiba-tiba keadaan cuaca mulai berubah. Sejujurnya, masa saya dalam bot lagi dah rasa ombak dia lain macam.

Ads

“Cuaca masa tu pun dah gelap, saya sangka awalnya macam hujan biasa jadi, saya pun tawakal sahaja. Sekali hujan pun turut dengan sangat lebat,” katanya lagi.

“Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman “Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Kau Cipta Kasih ini bersyukur kerana semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kejadian buruk berlaku.

Ads

“Bagi saya, keselamatan semua orang itu sangat penting tapi Alhamdulillah, semua mangsa di sini selamat dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2015 ini lagi.

“Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman “Jujur, Masa Dalam Bot Lagi Rasa Ombak Lain Macam,” – Kandas Di Pulau Perhentian, Fify Azmi Ceritakan Pengalaman

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Fify Azmi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI