Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon, Fiza Halim mendedahkan dia masih belum terlintas untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.
Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, dia mengakui tergamam apabila dilamar lelaki berstatus duda yang mahu melamarnya menjadi isteri.
“Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan. Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima.
“Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi.
“Kalau perkara sama berlaku, saya juga dikecam biarpun soal perceraian adalah di luar kawalan diri,” katanya.
Menerusi Berita Harian, Fiza akui, jejaka VIP yang dikenalinya berusia kira-kira 50 tahun dan memiliki rangkaian perniagaan sendiri.
“Ogos depan, umur saya menginjak 40 tahun. Bukan masa untuk saya main-main lagi termasuk dalam soal cinta. Saya bukan muda lagi.
“Apatah lagi, ketika seluruh dunia bergelut dengan pandemik COVID-19, saya juga terkesan,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Fiza turut menjelaskan, ada teman menasihatkan dia berkahwin dengan lelaki berusia dan memiliki kehidupan stabil. Namun, pastinya dia berdepan persepsi ramai.
“Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh.
“Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit,” katanya.
Fiza berkata, dia menambah pendapatan dengan membuat ulasan berbayar bagi pelbagai produk melalui Instagram.
“Pada masa sama, saya juga mencari peluang menambah pendapatan. Mana tahu, mungkin ada rezeki menjadi duta produk.
Ads
“Saya tidak terfikir lagi soal berlakon dalam situasi penularan COVID-19 di mana kerja penggambaran dihentikan,” katanya.
Untuk rekod, Fiza dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12, menerusi perkahwinan pertamanya bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Fiza mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama penyanyi Adam, pada September 2013, namun perkahwinan mereka tidak kekal lama.
Ads
Kemudian, bintang ini bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang kini mencecah usia hampir tiga tahun.
Namun, keduanya berpisah pada Julai tahun lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sekeping foto ketika zaman kanak-kanak, Raysha Rizrose menitipkan ucapan ‘manis’ buat kakak tirinya, Nelydia Senrose yang meraikan ulangtahun ke-25 hari ini.
Tulis Dewi Remaja 2014/2015 ini, dia masih teringat bagaimana Nelydia melayannya sewaktu sekolah rendah. Ketika dia pengsan, Nelydia bawa sebotol air dan berpesan hanya boleh minum dua teguk.
“Untuk musuh karib sepanjang hidup, saya masih ingat sangat bencikan awak sewaktu sekolah rendah kerana sewaktu saya pengsan menjalankan aktiviti pengakap, cikgu memanggil awak untuk membantu.
“Awak datang dengan sebotol air dan memberi amaran bahawa saya hanya boleh minum dua teguk air.
“Keliru tapi ada benarnya, saya tahu awak sanggup berkorban untuk saya dalam masa yang sama.
“Terima kasih atas kenangan pahit manis yang kita bina sepanjang zaman kanak-kanak. Selamat hari lahir ke-25!” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada mendedahkan mesej yang diberikan seorang pengguna Instagram yang menyatakan hasrat untuk bermadu dengannya.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Parah Parah ini menerusi satu muat naik di Insta Story. Individu terbabit turut menyatakan ciri-ciri yang dimiliki Nabil merupakan kriteria yang dicari.
“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari laki macam ni la.Tapi tak jumpa-jumpa lagi,” tulis individu terbabit.
Sementara menerusi paparan seterusnya, bintang berusia 29 tahun ini memberikan reaksinya.
“Salam. Hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu takleh la. Saya cubit awak kang. Nakal eh.
“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insya-Allah, istikarah! Good luck sis,” respon Ayda.
Untuk rekod, Ayda dan Nabil selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu dan sempat mengisi beberapa hari di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.
Genap setahun pemergiaan pelakon dan model asal Malaysia itu, Bunga (BCL) menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, ada menitip kata indah buat insan istimewa yang telah pergi selamanya.
Sambil menzahirkan rasa rindu, bintang ini turut reda atas apa yang telah tertulis.
“Hey Daddy, its been a year since you’re gone. Today, we just want to tell you that it had not been an easy year for us, but we r okay.
“We r coping. So, dont worry about us. Have a wonderful life there. We miss u,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tersentuh melihat foto yang dikongsi, seterusnya meninggalkan kata semangat agar penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu terus kuat dan tabah.
Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi filem Gol & Gincu di negara ini itu meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham Ashraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang balu bersama seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 11 tahun.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.