“Jujurkah Hubungan Aiman Dengan Zahirah Atau Sekadar Gimik?,” – Ini Jawapan Selamba Sharifah Sakinah

Share

Pelakon Sharifah Sakinah dikenali sebagai antara rakan baik pelakon lelaki meningkat naik, Aiman Hakim Ridza.

Malah hubungan yang dibina sejak beberapa tahun itu terus baik sehingga ke hari ini.

Malah, pelakon wanita itu pernah memberikan pandangannya sendiri apabila ada isu melibatkan rakan baiknya itu.

Terbaru, Sakinah ada ‘kantoikan’ tangan misteri yang dimuat naik di akaun TikTok milik Zahirah beberapa hari lalu.

Ketika bertemunya di majlis pelancaran single sulung artis baru Soll Ahmadd baru-baru, MH ada bertanya ringkas kepada Sakinah.

Sama ada benar atau tidak kisah cinta yang dijalin antara Aiman dan Zahirah itu sesuatu yang jujur atau sengaja dibuat-buat untuk gimik.

Sakinah dengan selamba menjawab;

“Mereka jujur. Aku restu,” kata Sakinah ringkas. 

Terdahulu, kisah cinta yang terjalin di antara dua pelakon berkenaan mulai diperkatakan netizen apabila masing-masing mulai memuat naik gambar berdua, beberapa minggu lalu.

Malah, mereka turut menggunakan hashtag #ZahirAH menerusi foto yang dimuat naik di media sosial.

Foto: Instagram Sakinah & Aiman Ridza

Published by
Rafiq Mazlan