“Jujurnya, Memang Takut…”- Atasi Ketakutan, Nadia Brian Berjaya Buat Aktiviti Menyelam

Share

Pelakon jelita, Nadia Brian ada berkongsi cerita bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian, mengakui ada perasaan takut dan bimbang untuk melakukan aktiviti ekstrem seperti sukan menyelam.

Bagaimanapun, Nadia memaklumkan telah berjaya melakukan sukan tersebut atas semangat yang diberikan oleh peminat.

“Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced

“To be honest, Nadia memang takut nak buat dive. Lagi2, dgn ligaments di ankle siap putus 2 lagi. Tapi alhamdulillah i managed to challenge myself to do it.

“Itu la orang cakap bila kita betul2 focus, inshaAllah we can do it. Thank u so much to each n everyone yang bagi Nadia semangat, jadi lebih berani & always be positive.

“Ok next nak ambil lesen diving! Jom siapa nak teman? #NadiaBrian,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, rata rata peminat berasa bangga dengan semangat keberanian pelakon berusia 28 tahun itu.

Terdahulu, Nadia pernah mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika menjalani pengambaran sebuah drama, pada Julai lalu.

Video: Instagram Nadia Brian

Published by
Nazar Rafiqhi