
Komposer dan penulis lirik, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita mengenai satu lagu yang ditulis olehnya yang berjudul Kasih Padamu.
Bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul pada hari ini, Fedtri telah mengimbau kembali saat menulis lirik lagu tersebut.
Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya mengakui berasa sayu dan syahdu ketika menulis lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Hafiz Hamidun.
“Jujurnya saya menangis sewaktu menulis lirik lagu ini sebab syahdu….
“Apatah lagi mengenangkan betapa indah Madinah yang menjadi kota cinta Rasulullah SAW.
“Terima kasih @hafizhamidun untuk kolaborasi indah ini. Sudah 8 tahun usia lagu ini,” tulisnya.
https://www.instagram.com/tv/CG6cq2oA7Io/?igshid=1x7jb63tll6gi
Sekadar informasi, lagu Kasih Padamu ini merupakan sebuah lagu yang berkisahkan tentang baginda Rasullah Nabi Muhammad SAW.
Lagu ini dilancarkan pada tahun 2012 dan merupakan satu kolaborasi Fedtri dan Hafiz Hamidun.
Video: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Scroll Sampai Bawah,”- Ambil Masa Kembali Aktif di IG Sendiri, Isteri Fad Bocey Padam Foto Free Hair

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey kini kembali aktif dalam akaun Instagram asalnya, Syaheera Rahman.
Bagaimanapun, Syaheera mengakui bahawa dia perlu mengambil masa untuk memadam gambar-gambar tanpa bertudung sebelum ini.
“Im back with this account .still need time to clear all the old photos .thank you yg concern DM tapi it takes time utk clear sbb banyak nau nk scroll smpai ke bawah,” tulisnya.
Menerusi gambar yang dikongsikan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, dia sering berkongsi video masakan sahaja.
Syaheera sebelum ini berkongsi Instagram dengan Fad dan menggunakan nama Fad & Syaheera.
Foto : IG Syaheera Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Sedang Bertarung Kanser Tahap 3, Ini Permintaan Zahiril Adzim Sempena Hari Lahir Ke-36 Sentuh Hati Ramai

Pelakon, Zahiril Adzim mendedahkan dirinya tidak mengharapkan apa-apa bentuk pemberian menjelang hari lahirnya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sebaliknya, Zahiril hanya berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat bapanya yang ketika ini bakal menjalani pembedahan bagi melawan penyakit kanser tahap tiga.
“My handsome man. Lagi dua hari birthday aku, 23 Januari. Adik aku esok, 22 Januari. Birthday kitaorang kali ni taknak mintak apa-apa selain daripada doa kalian keluarga, saudara mara, sahabat, followers dan supporters.
“Ayah aku akan menjalani pembedahan esok untuk merawat kanser beliau, stage 3,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama, KL Gangster Underworld ini turut meluah rasa gembira saat melihat perkembangan terkini keadaan bapanya itu.
“Lately ni lepas buat kimo, ayah nampak makin sihat, makin berisi. Happy kami sekeluarga tengok. Operation ini adalah treatment terakhir untuk merawat kanser ayah kata doktor. Mudah-mudahan kanser ayah dapat dibuang dan ayah kembali sihat dan boleh terus berkebun di belakang rumah.
“Serious, tahun ini birthday aku taknak mintak apa-apa selain dari doa korang. Jarang-jarang aku mengharapkan apa – apa dari followers dan supporters aku cuma kali ini aku berhajat sangat agar kalian mendoakan operation ayah aku berjalan dengan lancar dan ayah dikurniakan الله kesihatan seperti sedia kala,” katanya lagi.
Sementara itu, Zahiril turut menitipkan ucapan kepada semua pihak yang telah mendoakan mengenai kesihatan bapanya itu.
“Doa & tawakkal dari kami sekeluarga telah dan sedang kami jalankan.I love you Ayah, my Guru, my hero, ma maannn!
“Edited : Terima kasih semua yg mendoakan. Tak dpt nak reply satu2. Semoga الله membalas dengan kebaikan pada kalian,” akhirnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain turut berharap agar bapa Zahiril akan lekas sembuh seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Zahiril Adzim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Marsha Milan Pilih Tak Bergantung Dengan Duit Suami, Urusan Seni Hal Sendiri – “Saya Selesa Cara Ini.”

Isi Kandungan
TogglePenyanyi Marsha Milan tidak menafikan bahawa suaminya, Mohamed Shaiful Nizam, menjadi antara individu penting ketika setiap kali berpeluang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Menurut Marsha, suaminya banyak menyumbangkan idea bagi memastikan persembahannya berada pada tahap yang baik dan berjalan dengan lancar.
“Dia memang memainkan peranan yang sangat besar dalam setiap persiapan saya di AJL. Walaupun dia tidak sentiasa berada di hadapan, dia akan semak setiap karya-karya saya.
“Dia akan pastikan sama ada sesebuah lagu itu mampu dibawa ke hadapan atau tidak. Dalam setiap penyertaan saya di AJL, lagu Hening Rindu ini paling banyak saya ubah susunan lagu.
“Bagi saya, Hening Rindu ini sangat berbeza. Sudah empat kali saya ubah susunan. Alhamdulillah, suami saya juga bersetuju,” katanya kepada MH.
Bercakap soal kos persembahan, Marsha memaklumkan dia lebih selesa untuk menggunakan wangnya sendiri dan tidak bergantung kepada suami.
Tanggung Sendiri Kos Ke AJL39
“Dari segi wang ringgit dan kos persembahan, memang saya boleh bergantung kepada suami tetapi saya memilih untuk tidak mahu melakukan hal tersebut.
“Bagi saya, selagi saya mampu mempertahankan kerjaya dengan cara saya sendiri, saya akan dahulukan cara saya.
“Namun, dari segi idea, suami saya memang banyak membantu,” ujarnya.
Katanya lagi, dia pernah diberikan pilihan untuk meninggalkan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga namun, dia sendiri yang memutuskan untuk meneruskan bidang yang dicintainya ini.
“Saya tak suka dan enggan terlalu bergantung kepada suami bila melibatkan soal kewangan dalam kerjaya saya. Lagipun, saya sendiri yang memutuskan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni ini.
“Saya telah diberikan privilege untuk tidak menjadi artist selepas berkahwin tapi saya nak teruskan juga. Saya selesa dengan cara seperti ini.
“Malah, saya masih punyai banyak sumber-sumber sendiri. Saya akan manfaatkan sumber tersebut. Sebagai contoh, saya merupakan artis rakaman, Alternate Record. Mereka juga membantu saya dalam segala hal,” katanya lagi.
Saingan Sengit
Mengulas lanjut tentang persembahan di AJL39, penyanyi asal Sabah ini tidak menafikan saingan finalis tahun ini sangat mencabar terutamanya dalam kategori
Vokal Terbaik.
“Tidak hanya bersaing dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul, Nadeera Zaini dan Ernie Zakri, Marsha menganggap saingan yang diberikan oleh penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya.
“Saya rasa tahun ini sukar kerana kebanyakan finalis AJL39 pernah memegang Anugerah Vokal Terbaik. Itu yang membuatkan saya agak gementar sedikit.
“Selalunya netizen akan mengaitkan saya dengan vokal Aina, Nadeera dan Ernie kerana mereka merupakan penyanyi wanita tetapi perlu dingat penyanyi lelaki juga mempunyai banyak kelebihan.
Terdahulu, AJL39 bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Sebanyak 10 buah lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran utama Juara Lagu edisi kali ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI