Pelakon Scha Elinnea terkilan dan menepis dakwaan yang kononnya dia turut terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan sehingga terpaksa membuat laporan polis demi membersihkan namanya.
Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 21, menjelaskan, laporan polis dibuat susulan tindakan sebuah blog yang menggunakan paparan skrin profil muka depan akaun Instagram dirinya sebagai gambar hiasan berhubung berita berkaitan isu skandal seks VIP.
Meski artikel berkenaan tidak menyebut nama dan foto dikaburkan, namun menurut Scha, ada netizen yang menyerangnya di media sosial dan membuat andaian sendiri.
“Laporan tersebut antara lain berkaitan dengan artikel yang tiada kena-mengena dan menggunakan foto saya hingga boleh menimbulkan fitnah.
“Jujurnya saya rasa malu hingga takut-takut untuk keluar ke lokasi penggambaran selepas tiba-tiba netizen hantar mesej dan serang saya dengan pelbagai caci maki.
Ads
“Ada yang cakap, inikah pelacur yang dimaksudkan hingga boleh bercuti sana-sini? Ia tidak benar sama sekali dan telahan mereka mengguris perasaan serta calarkan maruah, pihak pengurusan dan keluarga.
“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara terbabit sehinggalah menerima teks serta tangkap layar artikel berkenaan selepas akses Instagram. Saya terkejut dan laporan tersebut saya buat demi menjaga nama baik,” katanya.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kuantan, Pahang pada Selasa dengan ditemani pembantunya.
Ads
Ditanya sama ada imej seksi yang dibawa turut menyebabkan namanya terpalit dengan dakwaan sedemikian, Scha menegaskan, seksi hanyalah penampilan.
“Mungkin ada yang beranggapan sedemikian, akan tetapi tidak semestinya imej yang dibawa seseorang itu boleh dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral.
“Namun saya bersyukur kerana ada juga peminat yang mengikuti saya sejak dulu tahu saya tidak terlibat dengan hal tidak sepatutnya.
Ads
“Mereka sedar, saya sejak sekian lama gigih cari duit, berlakon sana-sini demi nak bina nama dan kumpul aset.
“Jadi tidak adil kalau nak kaitkan imej seksi dengan hal yang tak senonoh memandangkan setakat ini, hubungan dengan produksi drama pun baik-baik sahaja. Mereka tidak menghakimi imej serta penampilan saya.
“Harap selepas ini, tiada lagi pihak atau netizen yang membuat telahan sendiri yang boleh timbulkan fitnah. Jangan senang-senang buat spekulasi sendiri hingga boleh jejaskan nama individu lain.
“Ia melibatkan maruah dan saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan lebih tegas selepas ini jika hal sama masih jadi lagi. Tiada maaf bagimu,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluangkan masa bersama pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad,pelakon Lisa Surihani dan beberapa rakan selebriti lain menjadikan ia sebagai satu kenangan terindah.
Lisa turut berkongsi momen tersebut di Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah , yesterday my sisters and I had a fantastic and incredible session , were treated to delicious home cooked (her specialty beriyani) with dearest Aunty Muhaya at her lovely abode.
“We truly cannot thank you enough, it was really an eye opening session,” tulisnya.
Kecoh di laman media sosial apabila pengacara dan usahawan Neelofa meminta suaminya, Haris Ismail untuk ‘blocked’ pengguna media sosial ketika mereka sedang bersiaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, kelihatan kurang selesa dan meminta suaminnya, yang turut berada di sisinya ketika sesi live sama untuk menyekat individu yang menggunakan nama Diana itu.
Menerusi video yang tular berkenaan, pengguna TikTok tersebut seolah-olah sengaja ‘memanaskan keadaan’ dengan menulis mesej berbaur provokasi terhadap bekas hos program MeleTOP itu.
Menerusi komen berkenaan, pengguna terbabit mengatakan jika seorang lagi pelakon popular lain mengeluarkan produk inai pastinya lebih baik berbanding keluaran ibu kepada Muhamaad Bilal itu.
“Tolong block si Diana ni, serabut betul komen dia,” kata Neelofa spontan sebaik membaca komen berkenaan.
Neelofa buat TIKTOK LIVE explain tentang Innai Nunha, tapi Diana ni datang komen2. Nak tahu komen apa yang buat Neelofa block Diana — pic.twitter.com/GQLlg9WqdO
Menerusi sesi itu juga, Neelofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk penjagaan kulit (skincare) pula selepas ini.
Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter gara-gara hal tersebut.
Malah ada netizen yang turut berkongsi tangkap layar komen Diana yang mengaitkan nama seorang pelakon terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!