Pelakon dan pengacara wanita, Juliana Evans telahpun menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hati, Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor.
Selepas bergelar isteri, Juliana mengatakan bahawa dia kini sedang membiasakan dirinya untuk sentiasa diawasi oleh pengawal peribadi. Pada awalnya Juliana berasa kekok kerana sudah biasa membuat kerja sendiri.
“Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendirimacam biasa.
“Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri,” ujarnya.
Juliana yang kini menetap berama keluarga mertuanya berkata dia sudah berpeluang untuk memasak dan menghidangkan sarapan pagi kepada suaminya. Walaupun mereka mempunyai pembantu rumah namun dia mahu suaminya merasai air tangannya.
“Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa sediakan semua barang keperluan dan masak sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan bilis tumis.
“Suami saya seorang yang tidak cerewet, dia suka makan makanan pedas yang mudah-mudah sahaja,” katanya lagi.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 30 April lalu dalam sebuah majlis tertutup dan Juliana berkata bahawa perkahwinan mereka ini dirancang dalam masa yang singkat.
“Sebenarnya kami tidak begitu merancang dan majlis itu dilakukan dalam masa yang singkat. Saya rasa memang sudah sampai masanya untuk saya bina sebuah kehidupan baru.
“Saya mahu ada orang di sisi dan restu keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
Kami di MH Online mendoakan semoga ikatan perkahwinan mereka berdua kekal sehingga ke syurga.
Sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI