Masih kekal ‘simple’ dan merendah diri, itu yang dapat disimpulkan tentang penampilan pelakon dan usahawan, Che Puan Juliana Evans walaupun bergelar isteri kepada kerabat diraja.
Hadir ke majlis tanpa ditemani pengawal peribadi, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 33, dipuji ramai yang senang melihat dirinya yang dilihat senang memilih gaya hidup sederhana.
Menurut pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini, tiada apa yang berubah meski selepas bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.
“Saya rasa tiada banyak perkara berubah tentang diri saya, maksudnya mungkin adalah beberapa perkara melibatkan protokol yang perlu saya turuti.
“Cuma kalau berbicara mengenai diri, sudah tentu lebih matang, lagi pun usia juga dah mencecah 30-an. Akan tetapi saya masih lagi suka berdikari.
Ads
“Kalau bahagian protokol, itu adalah apabila saya bersama suami dan keluarganya. Selebihnya, saya hanya macam biasa,” katanya kepada Media Hiburan.
Juliana ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV yang di adakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ads
Dilihat lebih memberi fokus pada keluarga, Juliana berkata sebenarnya dia masih lagi aktif berlakon malah minatnya itu turut mendapat sokongan daripada suami.
“Saya masih lagi suka bekerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, lagipun berlakon adalah minat saya.Tidak dinafikan memang ada banyak struggle untuk menjadi seorang pelakon… saya tahu dan sudah pun melalui kesusahan itu dahulu.
“Jadi saya lebih bersedia sekarang berbanding dahulu. Kadang-kadang saya tetapkan peraturan untuk diri sendiri. Sebagai contoh 12 jam sahaja untuk bekerja, saya tahu saya punya ‘limit’ sebab dah melaluinya menerusi pengalaman,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharifuddin pada 30 April 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/m68NrpTpSgA
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ismail Izzani meluahkan hasratnya untuk berkolaborasi dengan kumpulan Kpop popular, Beyond The Scene atau lebih dikenali sebagai BTS.
Dia meluahkan hasrat tersebut ketika muncul dalam program Youtube Korea Selatan, Blimey awal minggu ini.
“Ini semua hanyalah angan-angan saya sahaja tapi saya ingin berkerjasama dengan BTS kerana pada saya, jika seseorang itu berusaha keras, keajaiban akan berlaku.
“Sekarang pun, saya bekerja keras menghasilkan muzik saya sendiri, mana tahu satu hari nanti saya dapat bertemu dengan mereka, siapa tahu?,” katanya.
Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan doa-doa peminat Ismail yang ingin melihat kolaborasi tersebut terjadi.
Sebelum ini, Yuna mengumumkan mahu bekerjasama dengan grup yang popular dengan lagu Fire untuk projek tahun 2019. Dia juga turut menggunakan Twitter untuk merealisasikan perkara tersebut.
Wow! Nampaknya ramai artis Malaysia ingin berkolaborasi dengan grup tersebut. Apa-apapun, semestinya menarik jika ia terjadi kan?
Foto/Instagram: Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...