Susulan banyak drama yang memaparkan watak wanita ‘penyondol’ kebelakangan ini, pelakon Che Puan Juliana Evans berpendapat sudah tiba masanya para penggiat seni keluar daripada zon selesa sekaligus mencuba sesuatu yang lebih mencabar.

Menurut Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, dia merasakan watak perosak rumah tangga ini sedikit sebanyak boleh merendahkan martabat seorang wanita.

Juliana Evans Tak Mahu Bawa Watak Penyondol, Merendahkan Wanita

“Pada saya, watak penyondol ini terlalu banyak dan mudah. Ia tidak mencabar dan terlalu tipikal. Saya tidak mahu dilihat sebagai pelakon yang sebegitu.

“Baru-baru ini, saya ada menonton televisyen. Bila saya tukar kepada siaran lain, hampir kesemua dramanya hampir sama. Kesemua wanita memainkan peranan yang lebih kurang.

“Lama-kelamaan terdetik perasaan ‘benci’ terhadap wanita. Saya tak mahu perkara seperti ini.

“Sebagai wanita, kita sudah lalui pelbagai cabaran. Kita perlu tunjukkan perkara yang hebat-hebat tentang menjadi seorang wanita,” katanya kepada MH.

Ads

Juliana berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa di TGV KLCC, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Watak Penyodol Sangat Tipikal & Mudah

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dia sebolehnya tidak akan menerima sebarang tawaran untuk melakonkan watak ‘penyondol’.

Juliana Evans Tak Mahu Bawa Watak Penyondol, Merendahkan Wanita

“Kalau boleh, saya tak nak bawa watak seperti itu. Bukan nak kata saya memilih, ada kalanya watak itu kurang sesuai. Saya pernah ditawarkan dan kalau boleh, saya akan elakkan.

Ads

“Ketika ini, hampir semua drama ada memaparkan watak penyondol. Seperti dalam filem Biskan Dosa ini, saya suka watak Dr. Deelina yang menggambarkan seorang wanita kuat dan pelindung keluarga.

“Itulah watak yang sama mahukan. Bukanlah asyik nak merendahkan seorang wanita sahaja dengan watak penyondol,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut mengenai peranannya di dalam filem Bisikan Dosa, Juliana teruja bila diberikan kepercayaan untuk membawa watak yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.

Juliana Evans Tak Mahu Bawa Watak Penyondol, Merendahkan Wanita Juliana Evans Tak Mahu Bawa Watak Penyondol, Merendahkan Wanita

Ads

“Tidak susah untuk membawakan watak ini. Lagi seronok sebenarnya. Sebagai pelakon, kita memang dahagakan watak-watak yang mencabar. Kalau tiada babak aksi, ia akan jadi agak bosan.

“Bila kita sudah tanda tangani kontrak, apa yang pengarah minta, kita akan buat. Itulah dirinya saya. Saya sudah biasa dengan semua perkara ini,” akhirinya.

Terdahulu, filem Bisikan Dosa yang diarahkan Faizul A Rashid ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Januari ini.

Selain Juliana, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Farid Kamil, Uqasha Senrose, Sherie Merlis dan Syazuwan Hassan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI